PM Anwar Ucap Tahniah Sempena Hari Keputeraan Sultan Kedah Ke-83

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan. Foto Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR, 22 Jun – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merafak sembah dan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sultan Kedah, Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan baginda ke-83 hari ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar yang juga Menteri Kewangan mendoakan Sultan Sallehuddin dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Patik mendoakan ke hadrat Allah Subhanahu Wa Ta’ala semoga Tuanku Sultan dan Sultanah serta seluruh Kerabat Diraja sentiasa dilimpahi rahmat dan hidayah-Nya serta berada dalam keadaan sihat, sejahtera dan penuh kedaulatan.
“Daulat Tuanku,” ujar Anwar.
Terdahulu pada 19 Jun, Sultan Sallehuddin dan Sultanah Maliha berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin dan doa yang dilangsungkan di Masjid Zahir, Alor Setar.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
