Kosovo Haramkan TikTok Dalam Institusi Kerajaan

Kosovo mengarahkan pegawai kerajaan turut bertanggungjawab untuk mengalih keluar aplikasi itu daripada peranti rasmi.

BELGRADE, 29 Jun – Kosovo pada Jumaat mengharamkan aplikasi TikTok bagi semua institusi kerajaannya, lapor Agensi Anadolu.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Bardhyl Dobra berkata aplikasi itu diharamkan untuk “meningkatkan keselamatan siber.”

“Kementerian Dalam Negeri mengesyorkan larangan memuat turun, penggunaan dan pengendalian aplikasi rangkaian sosial TikTok dan semua perkhidmatannya pada semua rangkaian komunikasi elektronik dan peralatan teknologi maklumat yang dimiliki dan diuruskan oleh institusi awam,” kata Dobra.

Beliau juga berkata institusi kerajaan harus mengenakan sekatan teknikal untuk menghentikan operasi perkhidmatan TikTok.

Semua pegawai kerajaan turut bertanggungjawab untuk mengalih keluar aplikasi itu daripada peranti rasmi.

Keputusan itu selaras dengan undang-undang keselamatan siber Kosovo dan diterima sebulat suara oleh Anggota Kabinet.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *