Prestasi Memberangsangkan, RM89.9 Bilion Pelaburan Diluluskan Suku Pertama 2025 – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Hari TVET Negara 2025 di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

AYER KEROH, 12 Jun – Malaysia mencatatkan pelaburan diluluskan sebanyak RM89.8 bilion bagi suku pertama 2025, peningkatan 3.7 peratus tahun ke tahun meskipun berdepan persekitaran ekonomi global yang mencabar.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peningkatan pelaburan itu jelas membuktikan keyakinan pelabur terhadap kestabilan politik dan keupayaan guna tenaga di Malaysia.

“Dalam keadaan ekonomi dunia yang gawat, dalam keadaan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengusulkan tarif menyekat kemasukan barang daripada kebanyakan negara, dan ekonomi negara dilihat menguncup.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Hari TVET Negara 2025 di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

”Tetapi Malaysia menyaksikan pada suku pertama 2025, pelaburan yang diluluskan RM89.9 bilion maknanya peningkatan. Dalam keadaan orang tengah tarik brek pasal pelaburan,” ujar beliau.

Mengulas lanjut, Datuk Seri Anwar memaklumkan daripada jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan iaitu RM30.5 bilion melibatkan sektor pembuatan.

“RM30.5 bilion merupakan sektor pembuatan melibatkan 207 projek dan dijangka akan mewujudkan 18, 317 peluang pekerjaan. Apa kaitannya dengan TVET? Kategori pengurusan, penyeliaan dan teknikal tertinggi iaitu peningkatan 44.2 kepada 44.3 peratus,” maklum beliau semasa berucap pada Hari TVET Negara di sini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Hari TVET Negara 2025 di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Terdahulu dalam satu kenyataan pada Rabu, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) berkata pelaburan ini merangkumi 1, 556 projek dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan utama yang dijangka menjana lebih 33,300 pekerjaan baharu untuk rakyat negara ini.

“Jumlah pelaburan ini mencerminkan keyakinan berterusan para pelabur terhadap dasar yang jelas serta asas jangka panjang negara, bertentangan dengan aliran pelaburan global yang lebih berhati-hati akibat ketidaktentuan geopolitik dan makroekonomi serta persaingan global yang semakin sengit untuk mendapatkan pelaburan baharu.

“Pelaburan asing mendominasi landskap pelaburan, dengan sumbangan RM60.4 bilion atau 67.3 peratus daripada jumlah pelaburan, manakala pelaburan tempatan kira-kira RM29.4 bilion atau 32.7 peratus,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Hari TVET Negara 2025 di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain peluang pekerjaan, Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz berkata peningkatan indeks Pengurusan, Teknikal dan Penyeliaan (MTS) kepada 46.3 peratus daripada 44.2 peratus bagi tempoh yang sama tahun lepas mencerminkan kejayaan negara ini dalam mewujudkan pekerjaan berkemahiran tinggi dan gaji yang lebih baik.

“Dengan usaha memperkukuh integrasi ekonomi ASEAN, satu keutamaan semasa Malaysia mempengerusikan ASEAN, kita turut berazam untuk mengekalkan kedudukan Malaysia sebagai hab pembuatan dan perkhidmatan utama bagi rantau yang pesat membangun ini yang berpopulasi 680 juta,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA Datuk Sikh Shamsul Sikh Abdul Majid berkata projek yang berjaya diraih MIDA bagi suku pertama 2025 menyokong usaha nasional membina ekonomi yang lebih meluas dan berdaya tahan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Hari TVET Negara 2025 di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Untuk terus menjadi destinasi pilihan syarikat berprestasi tinggi, kami akan memperkukuh ekosistem tempatan sebagai pemudah cara dan melengkapkan tenaga kerja negara bagi merebut peluang pekerjaan dan kepimpinan baharu.

“Dengan memastikan Malaysia kekal relevan dalam rantaian nilai global, kita boleh menarik dan mengekalkan pelaburan yang memberi manfaat jangka panjang kepada ekonomi, syarikat tempatan dan rakyat,” katanya.

“Dua minggu lalu, saya bersama Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul telah dihubungi menerusi panggilan telefon oleh Syarikat Semikonduktor pembikin cip terbesar (EMD) di Amerika Syarikat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika merasmikan Hari TVET Negara 2025 di MITC, Ayer Keroh, Melaka pada 12 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Syarikat itu telah menyatakan hasrat untuk membuat pelaburan besar sebanyak 10 bilion dolar ke Malaysia. Kita bersetuju tetapi kita minta untuk tunggu sekejap sebab pada 9 Julai nanti, Presiden Trump akan tetapkan kadar tarif.”

Mengulas lanjut, meskipun ekonomi dunia ketika ini berdepan dengan ketidaktentuan, namun keyakinan pelaburan asing terhadap negara kekal utuh. Kerana ia disebabkan kestabilan politik, dasar negara yang jelas serta tenaga kerja yang profesional.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *