Konflik Asia Barat: Malaysia, Singapura Senada Gesa Gencatan Senjata Segera – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbincangan menerusi telefon bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong pada 25 Mac 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 25 Mac – Malaysia dan Singapura senada dalam menggesa gencatan senjata segera dilaksanakan susulan konflik di Asia Barat yang semakin meruncing dan memberi kesan global, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, perkara itu antara dibincangkan dalam perbualan telefon bersama Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong.

Menurut beliau, Malaysia menyokong seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera dilaksanakan, di samping menggesa semua pihak kembali ke meja rundingan.

“Kami turut berkongsi kebimbangan serius terhadap penutupan Selat Hormuz serta serangan terhadap infrastruktur kritikal yang boleh menggugat kestabilan pasaran minyak dunia dan keselamatan tenaga serantau, khususnya di Asia Tenggara,” katanya.

Anwar berkata, beliau dan rakan sejawatnya itu turut menegaskan bahawa segala pertikaian perlu diselesaikan melalui dialog dan saluran diplomatik.

“Saya dan PM Lawrence senada bahawa segala pertikaian harus diselesaikan melalui dialog dan saluran diplomatik. Malaysia bersedia menyokong sebarang usaha ke arah meredakan ketegangan serta memulihkan keamanan, keadilan dan kestabilan di Asia Barat,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *