Dakwaan Terima Wang: KEADILAN Akan Bertindak Tegas Pihak Sebar Fitnah

KEADILAN memandang serius dakwaan yang tular kebelakangan ini, yang cuba mengaitkan kepimpinan parti dengan tuduhan menerima sejumlah wang bagi tujuan menyelesaikan urusan berkaitan kepentingan tertentu.

KUALA LUMPUR, 25 Mac – KEADILAN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang terus menyebarkan fitnah atau tohmahan terhadap kepimpinan parti tanpa sebarang asas yang sahih.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh, berkata parti itu memandang serius dakwaan yang tular kebelakangan ini, yang cuba mengaitkan kepimpinan parti dengan tuduhan menerima sejumlah wang bagi tujuan menyelesaikan urusan berkaitan kepentingan tertentu termasuk dakwaan melibatkan elemen “mafia korporat”.

“Tindakan undang-undang akan dipertimbangkan dan diambil sewajarnya, sama ada terhadap individu di dalam mahupun di luar parti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata KEADILAN menegaskan bahawa tuduhan seumpama itu amat mudah dibuat lebih-lebih lagi oleh pihak-pihak yang terdesak untuk melepaskan diri daripada kesalahan atau salah laku mereka sendiri.

Justeru, sebarang dakwaan yang dilemparkan tanpa bukti kukuh tidak wajar dilayan sebagai fakta, apatah lagi dijadikan bahan untuk mencemarkan reputasi individu atau parti.

Fuziah berkata pihaknya kekal komited untuk mempertahankan integriti kepimpinan serta memastikan sebarang tuduhan yang dibangkitkan ditangani melalui saluran yang sah dan berlandaskan fakta, bukannya persepsi atau agenda tertentu.

Bekas Naib Presiden KEADILAN, R Sivarasa menyelar Victor Chin, susulan dakwaan ahli perniagaan itu bahawa seorang ahli parlimen parti itu kononnya menerima RM9.5 juta.

Sehubungan itu, beliau berkata semua pihak diseru agar lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat serta mengelakkan penyebaran dakwaan yang tidak disahkan, yang boleh mengelirukan masyarakat dan menjejaskan kestabilan politik negara.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *