PM Anwar Rasmi Kemeriahan Sambutan Pesta Kaamatan 2025

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) Penampang bagi merasmikan Pesta Kaamatan 2025 pada 30 Mei 2025. Foto Dr. Christopher Mandut
PENAMPANG, 30 Mei – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dewan Hongkod Koisaan, Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA) di sini bagi merasmikan sambutan Pesta Kaamatan 2025 peringkat Sabah sebentar tadi.
Anwar yang juga Menteri Kewangan disambut Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, Timbalan Ketua Menteri 2 Datuk Seri Joachim Gunsalam, Timbalan Ketua Menteri 3 Datuk Shahelmey Yahaya dan pemimpin negeri.
Turut hadir Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Seri Rosli Isa serta para pegawai kanan kerajaan negeri dan pemimpin masyarakat.
Ribuan rakyat membanjiri dewan seawal jam 7 pagi menantikan ketibaan Perdana Menteri yang hadir buat kali ketiga sejak mengangkat sumpah jawatan pada November 2022.

Mengangkat tema ‘Kaamtan Untuk Semua’, perayaan tahunan ini mencerminkan perpaduan utuh di kalangan suku kaum di negeri ini iaitu Kadazan, Dusun, Murut dan Rungus (KDMR).
Terdahulu pada Khamis Perdana Menteri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada kira-kira 9.30 malam dari ibu negara disambut Hajiji dan para pemimpin negeri yang lain.
Anwar, yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan Datuk Ewon Benedick, Pengerusi PH Sabah menghadiri perjumpaan bersama para pemimpin gabungan politik itu malam tadi.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
