KK Mart Diserang ‘Molotov Cocktail’ Lagi

Polis berkata, pelaku tidak dikenali melempar bom petrol di KK Mart Sungai Isap kira-kira 5 pagi tadi menyebabkan bahagian depan premis itu terbakar.

KUANTAN, 30 MacSebuah lagi kedai serbaneka KK Mart yang baharu beroperasi dua minggu lalu di daerah ini, di sini diserang dengan ‘molotov cocktail’ pada jam 5.14 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata lontaran bom itu menyebabkan berlaku kebakaran kecil di bahagian pintu masuk kedai serbaneka terbabit.

Katanya, berdasarkan siasatan, ketika kejadian, dua kakitangan, masing-masing seorang lelaki dan wanita berada di dalam kedai pada jam 5.14 pagi.

“Pada masa itu, secara tiba-tiba kakitangan wanita yang juga juruwang terkejut kerana ada satu balingan molotov cocktail dari luar premis dan jatuh di atas karpet laluan masuk ke dalam kedai hingga berlaku kebakaran kecil.

Polis berkata, pelaku tidak dikenali melempar bom petrol di KK Mart Sungai Isap kira-kira 5 pagi tadi menyebabkan bahagian depan premis itu terbakar.

“Dalam keadaan panik, kakitangan itu terus mengambil alat pemadam api dan memadamkannya daripada terus merebak.

“Berikutan kejadian itu, empat rak jualan dalam premis termasuk beberapa barang jualan mengalami sedikit kerosakan akibat terkena percikan api.

“Tiada kemalangan jiwa berlaku dan kejadian itu menyebabkan kedai serbaneka ini mengalami kerugian dianggarkan RM500 akibat perbuatan khianat itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Wan Mohd Zahari berkata, siasatan mendapati kedai serbaneka itu baharu beroperasi selama dua minggu dan pihaknya akan meneliti kamera litar tertutup (CCTV) di premis bersebelahan bagi mengenal pasti atau mendapatkan maklumat tambahan berkaitan suspek.

Katanya, pihak forensik D10 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan di lokasi kejadian untuk mendapatkan bukti dalam melengkapkan siasatan.

“Kejadian dipercayai berpunca daripada isu penjualan stokin tertera kalimah Allah hingga suspek melakukan perbuatan khianat terbabit.

“Setakat ini, tiada tangkapan dilakukan dan kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan,” katanya.

Polis berkata, pelaku tidak dikenali melempar bom petrol di KK Mart Sungai Isap kira-kira 5 pagi tadi menyebabkan bahagian depan premis itu terbakar.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria, berkata seramai enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba Indera Mahkota bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan pada jam 5.40 pagi.

“Setibanya di tempat kejadian, kebakaran itu sudah dipadamkan dan anggaran peraturan kebakaran satu peratus kerana tidak membabitkan struktur bangunan dan mangsa,” katanya


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *