‘Khabar Gembira Buat Sabah Pada 10 Oktober’ – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Rapat Umum dan Himpunan KEADILAN Sempena 27 Tahun Reformasi di Dewan Pisompuruan, Kampung Kobuni, Inanam pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KOTA KINABALU, 26 Sep – Kerajaan akan mengumumkan khabar gembira kepada Sabah pada pembentangan Belanjawan 2026 yang dijadual pada 10 Oktober depan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan pimpinannya mempunyai kuasa untuk melaksanakan perkara baik untuk rakyat yang tidak pernah dilakukan kerajaan sebelum ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Rapat Umum dan Himpunan KEADILAN Sempena 27 Tahun Reformasi di Dewan Pisompuruan, Kampung Kobuni, Inanam pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Belanjawan negara, insya-Allah saya akan umum untuk Malaysia untuk Sabah akan ada pengumuman yang baik pada 10 Oktober ini.

“Kita ada kuasa, orang tanya apa beza ada kuasa dengan yang tiada kuasa. Masa ada kuasa dulu, sibuk cari harta, tengok balak, tengok tanah, projek bagi anak bagi isteri kaya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Rapat Umum dan Himpunan KEADILAN Sempena 27 Tahun Reformasi di Dewan Pisompuruan, Kampung Kobuni, Inanam pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Bila tiada kuasa, marah sana sini. Tengok mana yang sudah pencen, minta Anwar turun, tapi sekarang bukan Anwar yang turun, harga minyak yang turun.

“Maknanya, bila kita ada kuasa masa itulah kita cuba lakukan sebaik mungkin, jadi isunya apabila ada kuasa, itulah masa kita raikan sebaik mungkin untuk negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Rapat Umum dan Himpunan KEADILAN Sempena 27 Tahun Reformasi di Dewan Pisompuruan, Kampung Kobuni, Inanam pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Orang tanya apa impian saya, saya kata saya nak rakyat berasa ada peluang, sama ada dari bandar atau luar bandar, semuanya merasa mereka ini ada harapan dalam negara Malaysia ini,” katanya pada Himpunan Tamu Rapat Umum sempena 27 Tahun Reformasi KEADILAN di Dewan Pisompuruan Kampung Kobuni, di sini, hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun beliau bukan orang Sabah, tapi negeri ini menerima peruntukan yang tertinggi dalam sejarah Malaysia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Rapat Umum dan Himpunan KEADILAN Sempena 27 Tahun Reformasi di Dewan Pisompuruan, Kampung Kobuni, Inanam pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Sementara itu, katanya beliau juga meluluskan permintaan Sabah dan Sarawak mengenai penambahan kerusi Parlimen kepada kedua-dua negeri yang diminta sejak lebih 60 tahun lalu.

“Baru-baru ini ada mesyuarat di Kuching bincang mengenai tambah cadangan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak, sejak 1963 itu yang diminta setiap tahun.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada tinjauan pasca banjir di Kampung Rampayan dan Kampung Inanam Laut, Inanam pada 26 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Dalam mesyuarat itu saya umumkan, dengar baik-baik siapa yang janji tambah kerusi Sabah dan Sarawak, siapa yang luluskan, Perdana Menteri sekarang yang luluskan penambahan kerusi Sabah Sarawak,” katanya.

Beliau juga berkata, apa yang paling penting ketika ini adalah usaha untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup menerusi pelbagai inisiatif kerajaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Rapat Umum dan Himpunan KEADILAN Sempena 27 Tahun Reformasi di Dewan Pisompuruan, Kampung Kobuni, Inanam pada 26 September 2025. Foto Harian Express Sabah

Katanya, kerajaan membelanjakan jumlah yang besar bagi membantu rakyat menerusi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), selain tambahan gaji untuk penjawat awam.

“Sebahagian besar terima STR dan SARA setiap bulan masuk, berapa setahun STR untuk semua rakyat? RM 15 bilion. Berapa ramai penjawat awam, guru dan sebagainya kita naik gaji, tahun ini tambah RM10 bilion, tahun depan RM18 bilion,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *