Keupayaan Bursa Malaysia Tarik Pelabur Asing Kritikal Pada Tahun Depan

Dengan aliran dana portfolio baharu ke Bursa Malaysia boleh memacu peluasan penilaian pasaran sekali gus memastikan pasaran kekal rancak dan berdaya tahan tanpa risiko luar jangka. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 1 Nov – Keupayaan sebenar pasaran saham tempatan akan dinilai berdasarkan beberapa faktor domestik dan antarabangsa hasil analisis komprehensif para penganalisis pasaran di Bursa Malaysia.

Ini kerana bursa nasional itu amat berpotensi menarik semula minat pelabur asing tahun depan didorong oleh momentum reformasi, inisiatif pertumbuhan domestik serta penilaian pasaran yang masih menarik berbanding pasaran serantau, kata penganalisis.

Menurut penganalisis dari RHB Investment Bank, Alexander Chia, berkata kestabilan politik dan sosial dalam ASEAN dan penekanan berterusan terhadap tadbir urus yang baik dan pembaharuan berpotensi menjadi formula menarik pada 2026.

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump bersama dengan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 di Kuala Lumpur pada 26 Oktober 2025. Foto AFP

Beliau berkata, dengan aliran dana portfolio baharu ke Bursa Malaysia boleh memacu peluasan penilaian pasaran sekali gus memastikan pasaran kekal rancak dan berdaya tahan tanpa risiko luar jangka.

Menurutnya, jangkaan dolar Amerika Syarikat (AS) yang lebih lemah pada masa depan juga positif untuk Bursa Malaysia memandangkan majoriti syarikat senaraian awam (PLC) adalah berorientasikan domestik.

Tambahnya, syarikat yang mempunyai hutang dalam denominasi dolar AS atau perbelanjaan modal juga mendapat manfaat daripada dolar AS yang lebih lemah.

Pada 8 pagi, ringgit hampir tidak berubah pada 4.1935/2050 berbanding dolar AS daripada 4.1935/1985 semasa ditutup pada 30 Oktober 2025. Foto Mikail Ong

“Penstabilan baru-baru ini dan kejelasan makroekonomi yang lebih baik telah membantu meningkatkan sentimen pelabur disokong oleh pandangan makroekonomi yang menggalakkan.

“Ini menetapkan peringkat untuk taktikal suku keempat 2025 walaupun penanda aras FBM KLCI menghampiri sasaran akhir 2025 sekitar 1,620 hingga 1,650 mata,” katanya dalam satu nota penyelidikan.

Chia turut menyarankan pelabur supaya mempertimbangkan strategi melangkaui 2025 dan mempersiapkan diri untuk tahun baharu.

Bursa Malaysia ditutup tinggi berikutan keyakinan pelabur terhadap kemungkinan ketegangan perdagangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China semakin reda.

Katanya, ia termasuk merealisasikan keuntungan jangka pendek, sambil mencari peluang untuk mengatur semula portfolio bagi tahun 2026.

Menurutnya, antara sektor dan tema pelaburan utama yang dijangka mendapat perhatian tahun depan termasuk Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), Sarawak dan sektor pembinaan, tenaga boleh baharu (RE), infrastruktur tenaga dan air serta syarikat berasaskan domestik berskala kecil dan sederhana yang masih dinilai rendah.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *