Ketua Polis Negara Baharu Bukan Anggota KEADILAN – Fuziah

KEADILAN kesal atas kesilapan maklumat profil Ketua Polis Negara ke-15, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dalam media sosial itu yang memaparkan beliau pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN.

KUALA LUMPUR, 21 Jun – Ketua Polis Negara yang baharu, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, tidak pernah menjadi anggota KEADILAN, apatah lagi memegang sebarang jawatan dalam parti itu seperti yang disiarkan dalam media sosial sebuah akhbar tempatan, semalam.

Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Agung KEADILAN, Dr Fuziah Salleh yang menegaskan penyebaran profil salah dan berkait dengan parti politik boleh menjejaskan imej serta kredibiliti Ketua Polis Negara.

Selain itu, beliau berkata, ia boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap KEADILAN sebagai komponen parti pemerintah sekiranya terdapat rakyat mempercayai bahawa pelantikan Mohd Khalid dibuat atas dasar lantikan politik.

“KEADILAN kesal atas kesilapan maklumat profil Ketua Polis Negara ke-15, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail, dalam media sosial itu yang memaparkan beliau pernah menjadi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN serta pernah memegang jawatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kedah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Fuziah berkata, KEADILAN berpendirian kesilapan itu tidak wajar berlaku dan menggesa agar satu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak akhbar terbabit.

Beliau turut menyertakan lampiran senarai Pengerusi MPN Kedah mengikut tahun lantikan:

1999 – Tan Sri Johari Abdul

1999 – Datuk Sheikh Azmi Ahmad

2000 – Tan Sri Johari Abdul

2004 – Akashah Ismail

2005 – Tan Sri Johari Abdul

2007 – Datuk Zamri Yusuf

KEADILAN menggesa akhbar yang menerbitkan berita palsu tersebut segera menjalankan siasatan dalaman biarpun telah memohon maaf.

2008 – Datuk Ahmad Kasim

2010 – Datuk Wan Salleh Wan Isa

2013 – Tan Sri Johari Abdul

2014 – Dr Azman Ismail

2018 – Tan Sri Johari Abdul

2022 – Nurul Izzah Anwar

2023 – Nurin Aina Abdullah

Mohd Khalid, 60, dilantik sebagai KPN ke-15 menggantikan Tan Sri Razarudin Husain, berkuat kuasa semalam.

Beliau berpengalaman memegang pelbagai jawatan penting dalam Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM), termasuk Ketua Cawangan Khas Pahang bermula 25 Mei 2018 sebelum dilantik sebagai Ketua Penolong Pengarah E2 Cawangan Khas Bukit Aman pada 6 September 2021.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *