Kes Zara: Polis Turut Siasat Aspek Pengabaian, Gangguan Seksual – Saifuddin Nasution

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir turut menyentuh elemen pengabaian dan gangguan seksual, selain unsur buli. Foto Facebook Saifuddin Nasution Ismail
KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan, siasatan kes kematian Zara Qairina Mahathir turut menyentuh elemen pengabaian dan gangguan seksual, selain unsur buli.
Beliau berkata, elemen berkenaan turut dimasukkan dalam laporan siasatan kes berkenaan dan dihantar kepada Pejabat Peguam Negara (AGC).
“Pentadbir sekolah harus diingatkan jika ada insiden sebegini dibawa ke tengah, itu sebabnya siasatan kita menjurus kepada elemen buli yang sudah dilengkapkan siasatan.

“Ada juga elemen pengabaian kerana adik ini (Zara) ada membuat aduan kepada pihak sekolah, kita siasat di bawah elemen pengabaian.
“Ada juga elemen gangguan seksual dan ini turut disiasat,” katanya dalam Kenyataan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, beliau mendedahkan, siasatan polis terhadap kematian Zara Qairina mendapati ia tidak mempunyai kaitan dengan cucu Tuan Yang Terutama (TYT) Yang Dipertua Negeri Sabah atau kedudukan pengetua sekolah selaku isteri menteri seperti didakwa sesetengah pihak.
Tambah beliau, dapatan itu adalah berdasarkan hasil siasatan membabitkan 195 saksi yang dipanggil.
Katanya, siasatan turut tidak menemui mangsa meninggal dunia akibat didera dalam mesin basuh seperti didakwa netizen dipercayai seorang guru bahasa Inggeris.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

