Kes Zara: Beberapa Suspek Kes Buli Akan Dituduh – AGC

Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, ia susulan penelitian kertas siasatan kes kematian pelajar Tingkatan 1 itu yang dirujuk polis.
PUTRAJAYA, 18 Ogos – Beberapa suspek terlibat dalam kes buli Zara Qairina Mahathir akan dituduh berdasarkan keterangan sedia ada.
Menurut kenyataan Jabatan Peguam Negara (AGC) berkata, ia susulan penelitian kertas siasatan kes kematian pelajar Tingkatan 1 itu yang dirujuk polis.
“Keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli berkenaan dibuat memandangkan pertuduhan tersebut tidak akan menggangu proses inkues yang akan berjalan.

“Jabatan ini menegaskan bahawa walaupun keputusan untuk menuduh suspek-suspek bagi kesalahan buli dibuat, namun keputusan tersebut tidak akan menjejaskan siasatan yang mash dijalankan oleh pihak PDRM berhubung kes kematian Zara Qairina, termasuk prosiding inkues yang akan dijalankan di mahkamah,” kata kenyataan itu.
Terdahulu pasukan khas Bukit Aman mengambil alih siasatan kes berkenaan dengan beberapa tindakan telah dilakukan termasuk menyiasat tiga pegawai polis di Papar yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) siasatan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
