Agong Berkenan Menerima Menghadap PM Anwar Di Istana Bukit Tunku

Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, Kuala Lumpur pada 10 Januari 2026. Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
KUALA LUMPUR, 10 Jan – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Bukit Tunku, di sini, hari ini.
Menerusi hantaran di media sosial Sultan Ibrahim, pertemuan antara Seri Paduka Baginda dengan Perdana Menteri itu berlangsung kira-kira satu jam.

Kali terakhir pertemuan Sultan Ibrahim dengan Anwar berlangsung di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada 30 Disember tahun lalu.
Anwar yang juga Menteri Kewangan baru kembali ke tanah air semalam setelah melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Turkiye atas undangan Presiden Recep Tayyip Erdoğan bermula 6 Januari lalu.
Pada lawatan rasmi itu, Anwar dikurniakan dengan anugerah ‘Order of the Republic’ sebagai pengiktirafan terhadap peranan beliau memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan republik itu.
Anugerah berkenaan disampaikan oleh Presiden Erdoğan dalam satu majlis yang berlangsung di Kompleks Presiden di Ankara pada 7 Januari lalu.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
