Kes Mati Pempengaruh Taiwan: Namewee Tampil Bantu Siasatan

Siasatan menyeluruh berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, berusia 31 tahun dijalankan dari pelbagai sudut temasuk kaitannya dengan Namewee.

KUALA LUMPUR, 5 Nov – Siasatan terhadap kes seorang pempengaruh wanita warga Taiwan mati di dalam sebuah bilik hotel di sini, menjadi perhatian netizen apabila seorang pempengaruh dan penyanyi tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, 42, tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi malam tadi.

Namewee yang memuat naik status di Facebook berkata, dia baru tiba di Kuala Lumpur dari Johor Bahru.

Menurutnya, dia hadir ke IPD Dang Wangi untuk membuat laporan polis dan memberi keterangan.

Pengurus kepada pempengaruh Taiwan yang mati di dalam bilik hotel menuntut penjelasan Namewee bagi menjelaskan kebenaran di sebalik kematian mendiang baru-baru ini.

“Sekarang saya sudah sampai di ibu pejabat polis seterusnya, saya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak polis dalam siasatan, supaya masyarakat dan keluarga mangsa mendapat penjelasan yang sewajarnya.

“Saya tidak akan melarikan diri. Sebelum ini, dalam tujuh kali saya dipanggil oleh pihak berkuasa, saya sendiri yang tampil secara sukarela untuk memberi keterangan. Saya tidak pernah lari,” katanya.

Media semalam melaporkan siasatan menyeluruh berhubung kematian pempengaruh wanita warga Taiwan, berusia 31 tahun dijalankan dari pelbagai sudut termasuk kemungkinan menahan pengarah dan penyanyi berusia 42 itu.

Tangkap layar menunjukkan perbualan di media sosial dipercayai kali terakhir dibuat pada 21 Oktober 2025 jam 7.07 malam.

Terdahulu pengurus kepada pempengaruh itu tampil mendakwa penyanyi rap Malaysia itu, menyembunyikan kebenaran berhubung kematian pempengaruh tersebut.

Menerusi hantaran pengurus berkenaan yang dikenali sebagai Chris di akaun Instagram @Rameneater69, dia menegaskan wujud percanggahan ketara antara kenyataan awam Namewee dan laporan rasmi polis.

Chris berkata dia telah melantik penyiasat persendirian serta menghubungi pihak polis Malaysia beberapa kali untuk mendapatkan kepastian mengenai punca kematian Hsieh atau lebih dikenali sebagai Iris Hsieh Yu-hsi, namun maklumat yang diterima didakwa bercanggah dan tidak konsisten.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *