Kereta Satria ‘Terbang’ Akhirnya ‘Turun’ Guna Kren

Tangkap layar video memaparkan kereta jenis Proton Satria tersebut berjaya dibawa turun menggunakan kren mudah alih.

REMBAU, 2 Apr – Sebuah kereta jenis Proton Satria berwarna biru yang ditemukan terbabas dan tersangkut pada pokok berhampiran susur keluar Plaza Tol Pedas Linggi dekat Rembau, Negeri Sembilan kelmarin sudah berjaya diturunkan menggunakan kren.

Menerusi satu perkongsian video di laman Facebook, kereta ‘terbang’ tersebut dibawa turun menggunakan sebuah kenderaan kren mudah alih sebelum dimuatkan di atas trak penunda.

“Selepas sehari semalaman tersangkut di celah-celah kawasan pokok lebuh raya itu, akhirnya ia berjaya diturunkan,” ujar pengguna media sosial yang melihat kejadian itu.

Sementara itu, di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna masih bingung dengan kejadian tersebut yang masih belum diketahui puncanya sehingga kini.

Tangkap layar video memaparkan kereta jenis Proton Satria tersebut berjaya dibawa turun menggunakan kren mudah alih.

“Ada laluan atas rumput menaik ke atas bukit tu. Cuma jauh juga laluan tu walaupun lurus ke atas bukit. Tak tahu kenapa pemandu tak brek,” ujar Duan Draco.

“Rasa tengah laju, lepas tu elak sesuatu kemudian terus reflex healing atas bukit,” komen Haziq Faris.

“Naik pandai, nak turun gayat.. kena minta tolong kren,” ujar Adhashim.

Video yang tular di media sosial juga menjadi medan warganet mengulas bagaimana sebuah kereta boleh ‘memanjat’ sebuah bukit yang akhirnya tersangkut di pokok.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *