Kerajaan Mahu Wujud Felo Kenegaraan Rangka Agenda Negara Bangsa – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan di Putrajaya pada 30 September 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim
PUTRAJAYA, 30 Sep – Kerajaan MADANI berhasrat menubuhkan Felo Kenegaraan bagi menghimpunkan tokoh dan pakar pelbagai bidang sebagai rakan strategik untuk merangka agenda besar pembinaan negara bangsa.
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara itu ialah antara agenda Mesyuarat Lembaga Tatakelola Dewan Kenegaraan yang dipengerusikan beliau di Perdana Putra, Putrajaya, hari ini.

Perdana Menteri berkata, inisiatif itu diharap dapat terus memperkukuhkan latihan kenegaraan dan memperkasakan usaha pembinaan negara bangsa selaras aspirasi Malaysia MADANI.
“Penubuhan Felo Kenegaraan ialah satu inisiatif penting yang menghimpunkan tokoh daripada pelbagai latar belakang merangkumi bidang akademik, profesional, belia, kepimpinan masyarakat, seni budaya dan lain-lain.

“Melalui wadah ini, felo terbabit bukan saja berperanan sebagai pemikir dan penggerak idea kenegaraan, tetapi juga rakan strategik kepada kerajaan dalam merangka agenda besar pembinaan negara bangsa,” katanya dalam hantaran melalui Facebook, hari ini.
Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof, Yang diPertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul dan Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil serta pegawai-pegawai kanan kerajaan.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
