Kerajaan MADANI Pastikan Rakyat Tidak Terbeban Dengan Reformasi Ekonomi – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulas prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi suku keempat 2025 yang melonjak kepada 5.7 peratus pada 16 Januari 2026. Foto PMO

KUALA LUMPUR, 16 Jan – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, reformasi ekonomi di bawah Kerajaan MADANI akan terus memastikan rakyat tidak terbeban, malah mengekalkan kuasa beli menerusi pemberian subsidi kepada golongan yang memerlukan, tegas

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri mengulas prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara bagi suku keempat 2025 yang melonjak kepada 5.7 peratus.

Ia sekali gus membawa pertumbuhan tahun penuh pada 2025 sekitar 4.9 peratus, melepasi unjuran rasmi antara 4 peratus hingga 4.8 peratus.

“Meski Malaysia turut merasakan bahang tarif timbal balik pada tahun lalu, reformasi ekonomi di bawah Kerajaan MADANI memastikan kesannya tidak membebankan rakyat terbanyak.

“Subsidi terus disasarkan kepada golongan yang memerlukan, menjadi tongkah yang memelihara kuasa beli rakyat jelata,” katanya.

Beliau menambah, hubungan diplomatik yang diperkukuh dengan pelbagai negara turut meningkatkan keyakinan untuk merancakkan pelaburan langsung asing serta perdagangan dengan Malaysia.

“Insya-Allah, kerangka Ekonomi MADANI akan terus menjadi pedoman dalam memperhebat iltizam pembaharuan ke arah ekonomi yang lebih adil, berdaya tahan, dan lestari,” katanya lagi.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *