ASEAN: PM Anwar Umum Timor-Leste Jadi Anggota Tetap Hujung Bulan Ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berbual dengan pelajar antarabangsa ketika hadir pada Program Temu Anwar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Dewan Canselor UTP, Seri Iskandar pada 11 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

SERI ISKANDAR, 11 Okt – Timor-Leste akan menyertai ASEAN secara anggota tetap pada 26 Oktober hadapan semasa Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 berlangsung di Kuala Lumpur akhir bulan ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Perdana Menteri ketika menghadiri Program Temu Anwar di Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) di sini hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Temu Anwar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Dewan Canselor UTP, Seri Iskandar pada 11 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau berkata, Malaysia mendokong usaha bagi memastikan Timor-Leste menjadi anggota tetap di dalam ASEAN bahkan telah berusaha keras bagi memastikan ia berjaya dilaksanakan.

“Alhamdulillah, dengan kerjasama Kementerian Luar, pada 26 Oktober ini di Malaysia (Timor-Leste akan menjadi) anggota tetap ASEAN,” katanya ketika berucap di majlis berkenaan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Temu Anwar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Dewan Canselor UTP, Seri Iskandar pada 11 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Menurut laporan sebelum ini memberitahu bahawa Anwar menegaskan bahawa kerajaan sentiasa menyokong perjuangan Timor-Leste bagi menganggotai ASEAN secara tetap.

Bahkan, Perdana Menteri ketika mengunjungi negara itu bulan lalu turut diberi penghormatan untuk menyampaikan ucapan di Parlimen Timor-Leste.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Temu Anwar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Dewan Canselor UTP, Seri Iskandar pada 11 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Selain itu, pada sidang akhbar bersama Anwar bersama rakan sejawatnya iaitu Kay Rala Xanana Gusmao, mereka menegaskan kedua-dua negara akan memperkukuh kerjasama melibatkan pelbagai bidang termasuklah perdagangan, pelancongan, kesihatan dan pendidikan.

ASEAN kini dianggota oleh 10 buah negara iaitu Brunei, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada Program Temu Anwar di Universiti Teknologi Petronas (UTP) di Dewan Canselor UTP, Seri Iskandar pada 11 Oktober 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *