Kerajaan Berjaya Henti Budaya Pemimpin Rompak Harta Rakyat – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru pada 13 September 2025. Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 13 Sep – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Kerajaan MADANI pimpinannya telah berjaya menghentikan budaya pemimpin menggunakan kuasa untuk merompak harta rakyat, sekali gus mengukuhkan asas tadbir urus negara.

Perdana Menteri berkata, perubahan itu membuktikan pentadbiran kerajaan kini lebih berintegriti, meskipun berhadapan pelbagai kecaman dan persepsi negatif.

“Kalau orang tanya saya, selama hampir tiga tahun ini, budaya orang pegang kuasa untuk curi harta rakyat, kita dah hentikan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru pada 13 September 2025. Foto Harapan Madani

“Ya, memang ada kes lama, tetapi yang penting (kini) semua ikut proses,” katanya ketika menyampaikan amanat pada Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Peringkat Negeri Johor di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Dr. Zaliha Mustafa, Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek dan ketua-ketua cabang KEADILAN Johor sejurus menghadiri perasmian Penutup Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia di Iskandar Puteri sebentar tadi.

Anwar berkata tidak ada sesiapa pun yang mempunyai hak untuk mengaut kekayaan rakyat secara salah, sama ada individu berpengaruh mahupun keluarga mereka.

Ini dibuktikan lagi dengan kesungguhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membongkar kegiatan mencuri wang rakyat termasuk rampasan RM169 juta daripada bekas Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob baru-baru ini.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *