PM Anwar Jamin RON95 Tetap Turun Hujung September

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru pada 13 September 2025. Foto Bernama

JOHOR BAHRU, 13 Sep – Kerajaan memberi jaminan harga RON95 tetap akan diturunkan kepada RM1.99 seliter pada hujung bulan ini, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri berkata, rakyat tidak perlu termakan tohmahan pembangkang bahawa kerajaan memungkiri janji telah dibuat, sambil menekankan penurunan harga bahan api itu dijanjikan turun sebelum akhir September.

“Ada yang marah harga minyak belum turun walaupun sudah September, sebelum ini saya kata sebelum akhir September, kalau 10 September belum akhir bulan lagi, jadi sabarlah, tunggu sekejap sama ada akan turun atau tidak,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru pada 13 September 2025. Foto Bernama

Pada 23 Julai lalu, perdana menteri mengumumkan RON95 akan turun lebih rendah kepada RM1.99 seliter berbanding RM2.05 seliter selepas penyasaran subsidi.

Anwar yang juga menteri kewangan, membayangkan warga asing mungkin membayar antara RM2.50 hingga RM2.60 bagi RON95, selepas penyasaran subsidi berkuat kuasa.

“Tetapi, rakyat hanya bayar RM1.99 sahaja. Tengoklah mana-mana negara lain, mana ada yang turun harga minyak, tiada,” katanya ketika berucap pada program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Peringkat Negeri Johor.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Program Rapat Umum 27 Tahun Reformasi Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Peringkat Negeri Johor di Johor Bahru pada 13 September 2025. Foto Harapan Madani

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Dr. Zaliha Mustafa, Ketua Wanita KEADILAN, Fadhlina Sidek dan ketua-ketua cabang KEADILAN Johor.

Katanya, perkara tersebut boleh dilaksanakan ketika ini adalah disebabkan pentadbiran kerajaan persekutuan hari ini peduli dan cakna keluhan masyarakat.

“Sebab apa kita boleh (turunkan harga minyak), sebab kita perintah. Kerajaan ini fikirkan rakyat, apabila kita sudah berjanji kita akan tunai. Sebelum ini kita kata hari ini tubuh kerajaan, esok turun harga minyak, tetapi ambil masa satu atau dua tahun, turun juga kan.”

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mengumumkan penghargaan buat rakyat Malaysia pada bulan lalu.

Sementara itu, beliau berkata langkah kerajaan memberikan bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) RM100 telah memberikan kegembiraan kepada rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang ekonomi mereka.

“Bantuan ini bukan sahaja kepada golongan B40 dan M40, tetapi juga kepada golongan profesional. Sekurang-kurangnya kita ingat semua rakyat Malaysia, nanti kita tengok ya (untuk tambah nilai),” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *