Keputusan Keluar Parti Perolok Perlembagaan Negara

Apa yang berlaku hari ini adalah semata-mata percaturan politik peribadi malah langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat yang memilih mereka atas tiket perjuangan reformasi dan kestabilan Kerajaan MADANI. Foto janaan AI

JOHOR BAHRU, 18 Mei – Hanya kerana ‘merajuk’ setelah tewas dalam perebutan jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) hingga sanggup keluar parti dan ‘mengambil alih’ Parti Bersama Malaysia (PBM) jelas menzahirkan sifat sebenar dua bekas pemimpin, Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad serta mengkhianati mandat rakyat yang mengenali dan mengundi logo Pakatan Harapan (PH).

Setelah diberi ruang secukupnya termasuk daripada Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memikir sedalam-dalamnya hasrat mereka meletak jawatan kabinet, mereka enggan akur dengan nasihat itu malah menyerang kembali parti menerusi siri podcast sejak pertengahan tahun lalu sehingga kini.

Sedangkan sepatutnya, kedua-dua pemimpin itu mesti memberi tumpuan penuh kepada amanah menjaga kebajikan rakyat di kawasan mereka wakili dan membantu memperkukuh kestabilan negara, bukannya meninggalkan parti dan rakyat terkontang-kanting tanpa perhatian.

Pertandingan Pemilihan KEADILAN 2018 mencatat sejarah baharu setelah kedua-dua calon Timbalan Presiden KEADILAN kini telah menjadi ‘jenazah’ politik tanpa batu nisan.

Kedua-dua elemen berkenaan amat mustahak memandangkan rakyat terbanyak kini berdepan tekanan kos sara hidup, ketidaktentuan ekonomi dunia serta cabaran krisis bekalan global yang sedang ditangani kerajaan.

Namun, apa yang berlaku hari ini adalah semata-mata percaturan politik peribadi malah langsung tidak memberi manfaat kepada rakyat yang memilih mereka atas tiket perjuangan reformasi dan kestabilan Kerajaan MADANI.

Setelah Pandan dan Setiawangsa memberikan mandat untuk berkhidmat, mereka semestinya memegang amanah yang diberikan, bukannya menjadikan kerusi dimenangi sebagai batu loncatan membina platform politik baharu selepas menang pilihan raya menggunakan logo PH.

Kenyataan media Setiausaha Agung KEADILAN sebagai respon kepada keputusan terhadap pengkhianatan mandat rakyat di parlimen Pandan dan Setiawangsa.

Sepatutnya, sekiranya mereka menghormati mandat rakyat, mereka tidak wajar memperjudikan nasib rakyat di kawasan mereka demi kepentingan politik peribadi apabila berlaku ketidak puasan hati.

Dengan tidak menghormati, malah memperolok-olokkan perlembagaan negara, keputusan mereka jelas memperlihatkan bahawa kegelojohan membuat keputusan akhirnya mereka diri sendiri.

Pengajarannya di sini ialah, sekiranya pimpinan tidak menghormati perlembagaan, mereka juga tidak layak meraih undi daripada rakyat di mana sahaja mereka bertanding.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *