Kemenangan Fahmi Cerminan Pengiktirafan Kepentingan Media, Komunikasi

Fahmi hadir pada Kongres Wanita dan AMK KEADILAN di Johor Bahru pada 22 Mei 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

JOHOR BAHRU, 24 Mei – Kemenangan Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN 2025 disifatkan manifestasi cerminan pengiktirafan media dan komunikasi yang memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat sahih dan tepat kepada masyarakat.

Menurut penganalisis politik Mohamamad Zarizi Jamil, beliau menyifatkan antara faktor kemenangan Fahmi ialah kerap turun padang menemui dan menyantuni pimpinan dan anggota di hampir setiap negeri bukan sekadar tempoh pemilihan parti sahaja dalam usaha memperkuatkan komunikasi di peringkat akar umbi.

“Fahmi menunjukkan komunikasi merupakan alat paling penting dalam memastikan insiatif kerajaan dan parti bergerak seiring dengan pemerkasaan Komuniti MADANI dan kemenangannya membuktikan ia betul dan diterjemahkan dalam undian paling tinggi bagi jawatan MPP,” katanya.

Faktor kemenangan Fahmi ialah kerap turun padang menemui dan menyantuni pimpinan dan anggota di hampir setiap negeri bukan sekadar tempoh pemilihan parti sahaja dalam usaha memperkuatkan komunikasi di peringkat akar umbi. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Selain Fahmi, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim turut muncul antara pemenang 20 jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN pada pemilihan parti itu pada Jumaat.

Keputusan rasmi pemilihan bagi jawatan MPP itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, selepas Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, merasmikan Kongres Nasional Keadilan 2025 di Johor Bahru, malam tadi.

Fahmi sebelum ini memutuskan untuk tidak bertanding jawatan Naib Presiden KEADILAN, sebagaimana keputusan diambilnya pada pemilihan 2022.

Fahmi hadir pada Kongres Wanita dan AMK KEADILAN di Johor Bahru pada 22 Mei 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

Adam Adli pula memutuskan untuk merebut jawatan MPP KEADILAN selepas usianya melepasi 35 tahun, sekali gus tidak layak mempertahankan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang disandangnya sebelum ini.

Berdasarkan keputusan rasmi itu, turut berada dalam kelompok 20 teratas MPP KEADILAM ialah bekas Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik; Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Chan Ming Kai; serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya dan penyanyi rap, Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad atau lebih dikenali sebagai Altimet.

Tiga pemimpin yang dikaitkan dengan kem Datuk Seri Rafizi Ramli, turut memenangi jawatan MPP KEADILAN pada pemilihan kali ini.

Mereka ialah Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh; serta Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung.

Mohammad Zarizi melihat Fahmi menunjukkan komunikasi merupakan alat paling penting dalam memastikan insiatif kerajaan dan parti bergerak seiring dengan pemerkasaan Komuniti MADANI.

Pemilihan 20 jawatan MPP KEADILAN berlangsung dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang Jumaat.

Berikut adalah senarai penuh Ahli MPP KEADILAN 2025-2028:

  1. Datuk Fahmi Fadzil
  2. Adam Adli Abd Halim
  3. Chan Ming Kai
  4. G Gunarajah
  5. Azlan Helmi
  6. Dr Maszlee Malik
  7. Goh Choon Aik
  8. Nurin Aina Abdullah
  9. Elizabeth Wong Keat Ping
  10. Abang Zulkifli Abang Engkeh
  11. Siti Aishah Shaik Ismail
  12. Syed Ahmad Abdul Rahman Alhadad
  13. Akmal Nasrullah Mohd Nasir
  14. Amidi Abdul Manan
  15. Lee Chean Chung
  16. Azam Karap
  17. Syed Ibrahim Syed Noh
  18. A Kumaresan
  19. Sim Chon Siang
  20. G Sivamalar

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *