Kejatuhan Ringgit Bukan Sebab Tiada Menteri Kewangan Sepenuh Masa – PM Anwar

Anwar berucap pada majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur Presint 18, Putrajaya. Foto Utusan.

PUTRAJAYA, 1 Jun – Kejatuhan nilai matawang Ringgit negara tidak ada kena-mengena dengan ketiadaan seorang Menteri Kewangan yang ‘bekerja’ sepenuh masa.

Perdana Menteri, Datuk Seri, Anwar Ibrahim berkata, sebaliknya, ia disebabkan dasar Amerika Syarikat (AS) yang mempengaruhi kedudukan mata wang negara.

Anwar berucap pada majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur Presint 18, Putrajaya. Foto Utusan.

“Suruh orang yang cadang itu baca laporan ekonomi dan kewangan bukannya laporan Pas,” katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan kunci Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Madani Dalur Presint 18, di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Penolong Setiausaha Agung Pas Pusat, Mohd. Syahir Che Sulaiman yang menggambarkan Malaysia memerlukan seorang Menteri Kewangan yang bertugas sepenuh masa dan boleh memberi tumpuan terhadap negara.

Ahli Parlimen Bachok itu berkata, dalam tempoh enam bulan ini, ringgit telah menyusut berbanding Dolar AS dan matawang lain sehingga mencecah paras RM4.60/USD, dan dijangka boleh mencecah paras RM5.00/USD jika tidak dikawal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *