Kecuaian Kendali Isu Batu Puteh Pengkhianatan Kepada Negara – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat. Foto Long Man

PUTRAJAYA, 30 Ogos – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kecuaian dalam mengendalikan isu Batu Puteh adalah satu bentuk pengkhianatan kepada negara.

Perdana Menteri berkata, biarpun kerajaan menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), tiada negara di dunia yang ingin melepaskan mana-mana kawasan dengan mudah malah sanggup berperang untuk mempertahan sebuah wilayah kecil.

“… sebab itu Kerajaan MADANI setuju adakan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI), (untuk) putuskan apa yang sebenarnya berlaku. Mengapa negara ini, negara hebat Malaysia tercinta ini izinkan pengkhianatan begitu rupa sehingga terlepas dengan mudah tanpa gunakan jalur hukum pertahankan hak kita.

Tetamu mendengar Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan Amanat Perdana sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Jumaat. Foto Bernama

“Kalau benar orang fikir ini perkara kecil dan enteng, ada masalah pada sikap dia sebagai seorang anak Malaysia kerana ini tidak pernah berlaku dalam sejarah dunia,” kata beliau dalam Majlis Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2024 di sini pada Jumaat.

Pada 23 Mei 2008, ICJ memutuskan Singapura mempunyai hak terhadap Batu Puteh manakala Batuan Tengah (Middle Rock) yang letaknya kurang satu kilometer (km) dari pulau itu milik Malaysia.

ICJ juga memutuskan hak milik Tubir Selatan (South Ledge), kira-kira 4km dari Batu Puteh, akan ditentukan mengikut persempadanan perairan negara yang menguasainya.

Pengkhianat yang menjadi dalang kehilangan Pulau Batu Puteh mesti dikenakan tindakan tegas. Foto Reuters


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *