Insafi, Pertahan Nilai Kemerdekaan Terutama Generasi Muda – Jame Stephen

Jame Stephen (kiri) bersama Setiausaha Politik Kanan Perdana Menteri Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin sepakat bahawa generasi muda wajar menginsafi pengorbanan pejuang kemerdekaan negara sepanjang masa. Foto Facebook Jame Stephen

BINTULU, 30 Ogos – Insafi nilai kemerdekaan kerana kata-kata keramat itu bukan sekadar klise setiap 31 Ogos tetapi ia merupakan sebuah nilai dan semangat yang perlu dihayati dan diamalkan dalam kehidupan seharian terutama bagi golongan muda pasca kemerdekaan.

Ingatan itu disampaikan pemimpin KEADILAN Sarawak Jame Stephen sambil menekankan kepentingan penghayatan generasi muda dalam memaknai pengisian kemerdekaan yang bukan sekadar cuti umum nasional.

“Kita harus tahu betapa payahnya pejuang-pejuang negara berkorban nyawa untuk memperoleh kemerdekaan daripada British biarpun mereka memang mahu memberi kemerdekaan kepada wilayah jajahan mereka ketika itu.

Generasi muda mesti diberikan panduan yang betul bagi mengelak mereka dipengaruhi golongan ekstrimis dan pelampau yang menyebarkan ideologi mereka melalui media sosial. Foto Arkib

“Saya menggesa anak muda generasi Z kini bersama-sama meraikan bulan kemerdekaan ini dengan mengibarkan Jalur Gemilang dan Ibu Pertiwi sebagai tanda patriotik kita kepada negara dan negeri kita,” ujarnya.

Tambah beliau, usaha mendidik generasi muda bukan menjadi tanggungjawab guru dan pensyarah semata-mata tetapi ia perlu digembeleng semua pihak dalam ikhtiar memupuk semangat patriotik dalam kalangan mereka.

“Semarakkan semangat kemerdekaan dan berusaha memajukan negara kita yang tercinta,” tegas Jame.

Beliau juga mengingatkan anak muda jangan cepat menilai sesuatu maklumat yang diterima di media sosial sebaliknya mengamalkan semakan kendiri agar tidak menjadi mangsa fitnah atau lebih teruk lagi ditipu pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *