Kebolehpasaran Graduan UPSI Diiktiraf Badan Antarabangsa

Graduan lulusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi pilihan majikan berdasarkan kajian kebolehpasaran graduan kebangsaan. Foto UPSI

TANJUNG MALIM, 11 Mac – Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mendapat pengiktirafan di bawah Talentbank Graduate Employability Index 2026, berdasarkan kajian kebolehpasaran graduan kebangsaan yang dijalankan sepanjang setahun tempoh penilaian.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff berkata, kajian itu membabitkan lebih 1,200 majikan pelbagai sektor termasuk syarikat multinasional (MNC), syarikat berkaitan kerajaan (GLC), perusahaan kecil dan sederhana (SME) serta organisasi industri lain di negara ini.

Katanya, penilaian dibuat berdasarkan pengalaman sebenar majikan dalam pengambilan graduan, termasuk universiti menjadi pilihan (majikan) untuk pengambilan graduan, bilangan graduan diambil bekerja mengikut bidang pengajian dan kecenderungan majikan untuk kembali mengambil graduan daripada universiti yang sama berdasarkan prestasi di tempat kerja.

Katanya, berdasarkan dapatan kajian berkenaan, sebanyak tujuh bidang pengajian di UPSI menerima penarafan Talentbank 6-Star Employer Choice, iaitu Pengiklanan, Animasi, Kaunseling, Pendidikan Awal Kanak-kanak, Reka Bentuk dan Pembangunan Permainan Pengurusan Sumber Manusia serta Psikologi.

Graduan lulusan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menjadi pilihan majikan berdasarkan kajian kebolehpasaran graduan kebangsaan. Foto UPSI

“Penarafan 6-Star Employer Choice menunjukkan bahawa bidang pengajian itu berada dalam kelompok lima terbaik berdasarkan pilihan dan pengesahan majikan di negara ini.

“Pengiktirafan itu mencerminkan keyakinan tinggi industri terhadap kualiti, kompetensi profesional serta kebolehpasaran graduan UPSI dalam memenuhi keperluan pasaran pekerjaan semasa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, UPSI komited untuk terus memperkukuh kebolehpasaran graduan melalui kerjasama strategik bersama industri.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *