KEADILAN Tempelak PN Jangan Perbodoh Penyokong Sendiri

Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN merangkap Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Razeef Rakimin menempelak kebodohan Ahli Parlimen Kuala Krau Kamal Ashaari. Foto Facebook Razeef Rakimin
KOTA KINABALU, 25 Apr – Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Razeef Rakimin menempelak kenyataan Ahli Parlimen Kuala Krau, Kamal Ashaari yang menyatakan penukaran Kerajaan Persekutuan boleh berlaku jika Perikatan Nasional (PN) memenangi PRK DUN Kuala Kubu Bharu.
Selain melihat kenyataan Kamal sebagai dangkal, pemikiran semberono pemimpin PN hanya bertujuan memperbodohkan penyokong sendiri serta cuba menimbulkan kegusaran awam.
“Adakah YB Kamal Ashaari melihat penyokong PN terlalu bodoh sehingga mudah mempercayai pembohongan dari pemimpin-pemimpin PN?
“Bagaimana perubahan sebuah kerusi DUN mampu mengubah kerajaan Persekutuan sedangkan mengikut jumlah kerusi DUN Selangor sahaja ia tidak mampu mengubah kerajaan negeri,” bidas Razeef.

Razeef yang juga Ketua Cabang KEADILAN Tuaran turut melihat tindakan Kamal juga dilihat seolah menentang titah Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim untuk menghormati kerajaan Perpaduan yang dibentuk dan tidak cuba mengganggu gugat kerajaan selain melalui Pilihan Raya Umum.
“Kenyataan seperti ini juga dilihat seolah cubaan mensabotaj usaha kerajaan dalam usaha pemulihan ekonomi dan menarik pelabur kerana antara keyakinan pelabur adalah melalui kestabilan kerajaan.
“Saya menggesa pemimpin pembangkang untuk menghentikan politik sempit dan pembodohan terhadap penyokong sendiri serta rakyat,” tegasnya dalam kenyataan media yang disiarkan hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Kamal yang juga Timbalan Pengerusi Tetap Pas Pusat, berkata mengikut situasi di atas kertas sesiapa pun yang memenangi pilihan raya kecil (PRK) bulan depan, kedudukan kerajaan negeri akan kekal.

Bagaimanapun, katanya, jika calon kerajaan dapat dikalahkan ia bakal menjadi “referendum” dan isyarat kepada perubahan tersebut. Namun dia menjelaskan bahawa perubahan tersebut boleh terjadi “mengikut kaedah semasa.”
“Tak mustahil sekiranya berlaku kemenangan kepada kita (PN) di Kuala Kubu Bharu, kerajaan boleh bertukar mengikut kaedah semasa selepas kita menawan kerusi berkenaan,” katanya dipetik Harakahdaily.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
