KEADILAN Sabah Lapor Polis Individu Buat Ugutan Bunuh, Ancam Mustapha

Ketua Cabang Kota Marudu Sazalye Donol Abdullah (dua dari kiri) membuat laporan polis terhadap seorang individu yang membuat ugutan bunuh terhadap Pengerusi MPN KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud di Balai Polis Kudat hari ini. Foto Facebook

KOTA KINABALU, 27 Mei – Beberapa Ketua Cabang KEADILAN Sabah membuat laporan polis terhadap seorang individu dipercayai melakukan ugutan bunuh dan ancaman keselamatan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Sabah, Datuk Mustapha Sakmud.

Laporan itu dibuat Ketua Cabang KEADILAN Kota Marudu Sazalye Donol Abdullah bersama beberapa Ahli Jawatankuasa (AJK) cabang itu dan Kudat di Balai Polis Kudat hari ini.

Menurut laporan itu yang dilihat Harapan MADANI, beberapa tangkap layar (screen shot) yang tular menunjukkan ancaman serius terhadap Mustapha sebaik sahaja nama beliau diumumkan sebagai Pengerusi MPN yang baharu.

Ketua Cabang Kota Marudu Sazalye Donol Abdullah (dua dari kiri) membuat laporan polis terhadap seorang individu yang membuat ugutan bunuh terhadap Pengerusi MPN KEADILAN Sabah, Datuk Mustapha Sakmud di Balai Polis Kudat hari ini. Foto Facebook

“Pada 26 Mei 2024, beberapa “screenshot” whatsapp group telah tular menunjukkan terdapat ugutan bunuh dan ancam keselamatan YB Datuk Mustapha Sakmud serta keluarga yang dibuat oleh pemilik nombor telefon bernama Davy Geoffrey Yanggut didalam aplikasi WhatsApp Group.

“Laporan ini dibuat atas kegusaran keselamatan YB Datuk Mustapha Sakmud serta keluarga beliau.

“Siasatan segera dan tindakan pantas pihak polis amatlah diharapkan bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.

“Saya membuat laporan polis ini agar pemilik no telefon bernama Davy Geoffrey Yanggut di tangkap dan di dakwa ke mahkamah,” kata laporan polis itu.

KEADILAN Cabang Kota Belud dan wakil Cabang Kota Marudu membuat laporan polis di Balai Polis Kota Belud susulan ancaman ugutan bunuh terhadap Mustapha pada Isnin. Foto Facebook

Manakala KEADILAN Cabang Kota Belud turut membuat laporan serupa di Balai Polis Kota Belud diketuai Timbalan Ketua Cabangnya, Panil Kota meminta pihak berkuasa menyiasat ugutan bunuh dan ancaman keselamatan terhadap Timbalan Menteri Pengajian Tinggi itu.

Difahamkan individu berkenaan tidak berpuas hati terhadap keputusan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) menggugurkan Datuk Sangkar Rasam yang juga Ketua Cabang KEADILAN Keningau sebagai pengerusi pada Ahad.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *