Kabinet Tubuh RCI Kaji Pengendalian Kes Kedaulatan Pulau Batu Puteh

Kedudukan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang jelas berada di perairan Malaysia namun Singapura mendakwa pulau berkenaan miliknya. Foto Arkib

PUTRAJAYA, 24 JanMesyuarat Jemaah Menteri, hari ini memutuskan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi mengkaji pengendalian perkara berkaitan dengan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan di Johor.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali, berkata penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja itu dibuat selaras dengan Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 (Akta 119), yang mana cadangan keanggotaan RCI akan dibawa untuk perkenan Yang di-Pertuan Agong.

“Cadangan ahli ini akan mengambil kira komposisi pakar yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kehakiman, perundangan, dan pentadbiran awam serta dapat melaksanakan siasatan dengan telus, adil dan saksama bagi mengelak sebarang isu yang membabitkan konflik kepentingan dengan pihak yang berkaitan,” katanya yang juga Setiausaha Jemaah Menteri dalam kenyataan, hari ini.

Pertikaian mengenai kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh (Pedra Branca) bukan perkara baharu. Ia bermula bila Malaysia mengeluarkan, pada 21 Disember 1979, satu peta yang menunjukkan pulau ini berada di dalam kawasan perairan Malaysia.

Kedudukan Pulau Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan yang jelas berada di perairan Malaysia namun Singapura mendakwa pulau berkenaan miliknya. Foto Arkib

Peta ini tidak dipersetujui Singapura yang meminta pada 14 Februari 1980, supaya ia diperbetulkan kerana berpendapat pulau ini adalah miliknya.

Selepas rundingan pada 4 Februari 1993 dan 11 hingga 13 Januari 1994 gagal menyelesaikannya, Malaysia dan Singapura pun merujuk pertikaian ini ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada 24 Julai 2003.

Ia berakhir pada 23 Mei 2008 apabila ICJ memutuskan bahawa berdasarkan bukti yang dikemukakan kepadanya, kedaulatan ke atas pulau ini sudah berpindah ke Singapura pada 1980.

Kehilangan kedaulatan ke atas Pulau Batu Puteh ini adalah satu peristiwa yang menyedihkan bagi negara, apatah lagi kepada Jabatan Peguam Negara yang menyaksikan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mengetuai pasukan undang-undang Malaysia di ICJ pada waktu itu, dipersalahkan, antaranya oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 31 Mei 2008.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *