TERKINI: Ahli Parlimen Tanjong Karang Kini Sokong PM Anwar

Ahli parlimen Tanjong Karang, Zulkafperi Hanapi menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Foto Arkib

KUALA LUMPUR, 24 JanAhli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi menjadi wakil rakyat terbaru Bersatu menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Zulkafperi berkata keputusan yang berkuat kuasa serta merta itu dibuat untuk memastikan nasib dan pembangunan penduduk di kawasannya terbela dan mendapat pelbagai manfaat pembangunan.

“Bagi mengelakkan sebarang keraguan, saya ingin menegaskan masih setia sebagai ahli Bersatu dan tidak mengkhianati parti.

“Namun demi memastikan kelangsungan pembangunan di Parlimen Tanjong Karang seiring pemerintahan persekutuan, wajar untuk saya bersama dengan kepimpinan Putrajaya diketuai Anwar,” katanya menjelaskan tindakan itu bukan dibuat atas unsur paksaan.

Dengan pengumuman ini, ahli parlimen pembangkang yang menyatakan sokongan kepada Anwar meningkat kepada enam setelah lima ahli parlimen sebelum ini menyatakan pendirian serupa.

Kenyataan media ahli parlimen Tanjong Karang yang menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka ialah ahli parlimen Labuan, Kuala Kangsar, Gua Musang, Jeli dan Bukit Gantang.

Selain Syed Abu Hussin (Bukit Gantang), empat lagi Ahli Parlimen daripada BERSATU telah mengisytiharkan sokongan kepada kepimpinan Anwar ialah Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) serta Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan).


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *