Kajian SSPA Ambil Kira Tempoh Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita – PM Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

PETALING JAYA, 8 MacKajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang sedang dirangka akan turut mengambil kira untuk memberi kelonggaran kepada penjawat awam wanita untuk bekerja dalam tempoh lebih pendek supaya dapat memberi lebih perhatian kepada keluarga.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kelonggaran itu, mungkin akan melibatkan kadar upah yang berbeza.

“Saya akan bincang dengan Ketua Setiausaha Negara dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam supaya diberi kelonggaran, walaupun dengan sedikit gaji yang kurang.

“Umpamanya biasanya kerja dari jam 8 pagi sehingga 5 petang, tetapi kalau bekerja mungkin selama empat jam, mengikut kadar upah mungkin kurang, tetapi kita boleh manfaatkan wanita yang merasa terdesak untuk jaga kepentingan anak-anak di rumah,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Majlis Perasmian Sambutan Hari Wanita Antarabangsa anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) di Pusat Konvensyen Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, di sini malam ini.

Yang turut hadir, isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri serta Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *