Jika Tidak Lagi Sehaluan Dengan Parti, Undur Diri Jalan Paling Bermaruah

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Mohd. Khuzaire Mohd. Kamal (kiri) berkata, tindakan Rafizi sudah melangkaui batas hingga menggugat kestabilan parti.

MELAKA, 1 Apr – Tindakan Mohd Rafizi Ramli yang terus mengkritik KEADILAN secara terbuka merupakan serangan langsung yang mencemarkan imej parti dan kepimpinan tertinggi.

Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Melaka, Mohd. Khuzaire Mohd. Kamal berkata, tindakan Rafizi sudah melangkaui batas hingga menggugat kestabilan parti.

Katanya, Rafizi wajar mengambil langkah berundur jika tidak lagi sehaluan dengan perjuangan parti.

“Jika sudah tidak selari dengan prinsip parti, jalan paling bermaruah adalah berundur.

Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, Mahmud Epah, berkata tindakan Rafizi tidak boleh dipandang ringan kerana membebankan usaha reformasi dan menimbulkan polemik dalam kalangan akar umbi.

Malah, naratif yang dibawa Rafizi turut menimbulkan persepsi negatif terhadap Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Naratif yang dibawa bukan sahaja mengelirukan malah mencetuskan persepsi negatif terhadap kepimpinan parti tanpa asas yang kukuh.

“Perbuatan ini bukan lagi sekadar perbezaan pandangan, tetapi telah melangkaui batas dengan membawa implikasi besar terhadap kestabilan parti dan keyakinan rakyat.

Ramanan Persoal Kenyataan Rafizi, Dakwa Buat Kesimpulan Tanpa Bukti

“Lebih mendukacitakan, tindakan ini dilihat seolah-olah mempunyai agenda tersembunyi yang sengaja mahu melemahkan parti dari dalam.

“Dalam suasana parti dan kerajaan memerlukan kekuatan serta kesatuan, pendekatan yang diambil oleh Rafizi hanya membuka ruang kepada musuh politik untuk mengambil kesempatan,’ katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd. Khuzaire turut berkata, perbezaan pandangan dalam parti tidak pernah dihalang namun ia perlu disalurkan melalui saluran yang betul dan berdisiplin.

Rafizi Menteri Paling Gagal, Kuat Sembang – Pengasas KEADILAN

“Serangan terbuka yang berterusan ini menimbulkan persoalan sama ada ia benar-benar demi reformasi atau sekadar didorong kepentingan peribadi,” katanya.

“Terus memainkan naratif yang merosakkan hanya akan memudaratkan parti dan akhirnya memakan diri sendiri,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *