Jerayawara Anti-Buli: Input Kementerian Komunikasi Penting Bendung Gejala Dari Terus Membarah

Sesi Jerayawara (townhall) Anti-Buli peringkat Wilayah Persekutuan menjadi pelantar utama semua pihak termasuk Kementerian Komunikasi berkongsi kerangka terbaik bagi mencegah gejala berkenaan dari terus menular dalam masyarakat.

KUALA LUMPUR, 12 Sep – Langkah Kementerian Komunikasi bersama-sama dengan beberapa kementerian mengadakan Sesi Jerayawara (Townhall) Tribunal Anti-Buli peringkat Wilayah Persekutuan merupakan pendekatan holistik bagi merungkai isu-isu buli yang melanda persekitaran pembelajaran di sekolah dan institusi pengajian tinggi.

Sebagai salah sebuah kementerian yang menjunjung tinggi titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim pada Ogos lalu, ia bukan sekadar membincangkan kerangka penyelarasan rentas kementerian, malah input yang disampaikan menerusi jerayawara berkenaan menjadikan kerelevenan peranan kementerian membantu dalam mengurangkan kes buli.

Sesi Jerayawara (townhall) Anti-Buli peringkat Wilayah Persekutuan menjadi pelantar utama semua pihak termasuk Kementerian Komunikasi berkongsi kerangka terbaik bagi mencegah gejala berkenaan dari terus menular dalam masyarakat.

Menurut Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas Menangani Isu Buli yang dilantik kabinet, bertugas mengendalikan sesi berkenaan bagi mendapatkan pandangan dan rumusan terbaik daripada pelbagi pemegang taruh termasuk persatuan ibu bapa dan guru (PIBG).

Ia turut dihadiri wakil Suruhanjaya Kanak-Kanak, agensi kerajaan, pengamal undang-undang dan kaunselor sekolah dan ia terbuka kepada orang ramai mengemukakan cadangan dan pandangan kepada kementerian bagaimana langkah pencegahan kes buli termasuk di alam siber dapat dikurangkan.

Kenyataan media BHEUU berkenaan sesi Jerayawara (townhall) Generasi Anti-Buli yang turut melibatkan Kementerian Komunikasi dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Foto BHEUU

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) menerusi kenyataan sebelum ini memaklumkan, penggubalan Rang Undang-Undang Tribunal Anti-Buli antara cadangan diteliti pada Mesyuarat Mengenai Usaha-Usaha Memperkukuh Mekanisme Pencegahan Buli di Malaysia.

Justeru, kementerian bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) turut memainkan peranan sebagai sebahagian daripada ‘pemacu utama’ inisiatif berkenaan seperti pendedahan Kempen Internet Selamat (KISS) di sekolah-sekolah serta mengadakan program ancaman siber yang merangkumi aspek-aspek yang cenderung kepada buli siber.

Antara cadangan utama yang sedang dipertimbangkan adalah penubuhan sebuah Tribunal Anti-Buli yang khusus dan ia akan berfungsi sebagai badan separa kehakiman yang diwujudkan untuk mengendalikan kes buli dengan lebih cepat, mesa mangsa, dan berorientasikan pemulihan, terutamanya bagi kes yang melibatkan golongan rentan di bawah 18 tahun.

Langkah ini bertujuan untuk melengkapi dan memperkukuh mekanisme sedia ada yang telah dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan (KPM) bersama-sama BHEUU dan Kementerian Komunikasi.

Adalah diharapkan jerayawara yang akan menjelajah ke setiap negeri bermula bulan ini akan mengukuhkan kefahaman semua pihak tentang bahayanya gejala berkenaan yang bukan sekadar meruntuhkan akhlak individu, malah boleh merosakkan institusi negara bertamadun walaupun kebebasan menyuarakan pandangan dibenarkan dalam perlembagaan negara.

Percambahan idea dan penyelarasan setiap peringkat termasuk input daripada Kementerian Komunikasi dan MCMC akan lebih membawa kepada penurunan kadar kes buli sama ada secara fizikal mahupun buli di alam siber.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *