Jenayah Kecurian Tak Kira Bulan Ramadan!

Suspek berjaya ditahan untuk siasatan lanjut pada 24 Februari 2026. Foto PDRM Tawau
TAWAU, 25 Feb – Walaupun Ramadan tahun ini baru memasuki hari keenam, ia tidak menghalang tindakan seorang lelaki mencuri unit kompresor penghawa dingin di bahagian belakang sebuah rumah di Taman Semarak, di sini, semalam.
Bagaimanapun, tindakan tersebut membawa padah apabila dia berjaya diberkas polis, semalam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian disedari seorang wanita ketika berada di rumahnya sebelum mendapati unit berkenaan hilang.

“Mangsa kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau berhubung kejadian itu.
“Sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Tawau berjaya mengesan dan menahan suspek lelaki warga tempatan berusia kira-kira 36 tahun di Taman Ria kerana disyaki terbabit dalam kes curi yang disiasat,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.
Beliau berkata, suspek dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.
“Hasil semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek pernah ditahan dan dihukum dalam kes berkaitan dadah.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
