Awas! Akaun TikTok Papar Wajah Mirip Agong Dijana AI Disiasat

Antara tangkap layar video palsu yang dimuat baik di akaun Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada 25 Februari 2026.
KUALA LUMPUR, 25 Feb – Satu video palsu yang dipercayai dijana menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dikesan dimuat naik di platform TikTok dengan memaparkan suara menyerupai Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Tindakan sebegini menunjukkan pelaku mempunyai niat tidak baik terhadap Tuanku selain mencemar institusi diraja dengan kandungan tidak benar.
Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office) satu dalam kenyataan berkata, video berkenaan disebarkan melalui aplikasi TikTok dengan memaparkan suara Seri Paduka Baginda kononnya berkaitan bantuan kewangan bersempena Ramadan kepada orang ramai.
“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpengaruh dengan akaun-akaun palsu ini yang sering digunakan oleh ‘scammers’ untuk tujuan penipuan di platform media sosial,” katanya.
Turut dimuat naik dalam hantaran tersebut beberapa tangkap layar memaparkan video yang menggunakan AI memperlihatkan muka Sultan Ibrahim.
Royal Press Office turut menegaskan bahawa penyamaran dan penyalahgunaan identiti adalah satu kesalahan di sisi undang-undang.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
