Isu Matrikulasi Ditangani Kerajaan MADANI, Jangan Jadi ‘Jagoan Kesiangan’

LAI mengkritik sesetengah pemimpin dari parti kerajaan perpaduan sendiri yang tergesa-gesa tampil dengan dakwaan kononnya cuba menjadi ‘jagoan kesiangan’ dengan mendakwa ia adalah "kemenangan rakyat". Foto Lai Chen Heng

PENDAPAT, 26 Jun – Saya melihat kenyataan Kementerian Pendidikan (KPM) yang mengesahkan keputusan mesyuarat kabinet bahawa semua pelajar yang memperoleh 10A dalam peperiksaan SPM 2024 sama ada A+, A, atau A – akan diberi peluang memasuki Program Matrikulasi jika mereka memohon.

Keputusan ini jelas merupakan langkah penting ke arah sistem pendidikan yang lebih adil, telus dan berasaskan merit. Ia juga membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam merealisasikan reformasi berteraskan “rakyat diutamakan.”

Namun, sayang sekali, ada sesetengah pemimpin dari parti kerajaan perpaduan sendiri tergesa-gesa tampil dengan dakwaan kononnya cuba menjadi ‘jagoan kesiangan’ dengan mendakwa ia adalah “kemenangan rakyat” dan menyatakan kerajaan “tergesa-gesa membuat perubahan setelah dikritik.”

Siapakah yang meletakkan halangan, menyebabkan ribuan pelajar cemerlang terpaksa menanggung kekecewaan dan beralih ke universiti swasta atau luar negara tetapi kini cuba menjadi ‘jagoan kesiangan’?

Saya ingin bertanya kepada mereka — semasa pemimpin parti itu berada dalam kabinet lepas, bilakah kali terakhir keputusan seumpama ini dibuat? Bilakah kalian benar-benar memperjuangkan nasib pelajar 10A? Dan bilakah kalian mengakui diskriminasi sistemik sebagai masalah yang perlu dibaiki?

Saya tertanya: siapakah yang selama 20 tahun ini menghalang reformasi, berpegang teguh pada kuota kaum? Siapakah yang meletakkan halangan, menyebabkan ribuan pelajar cemerlang terpaksa menanggung kekecewaan dan beralih ke universiti swasta atau luar negara tetapi kini cuba menjadi ‘jagoan kesiangan’?

Dan siapakah yang setiap tahun hanya menyeru “memperjuangkan kaum,” tetapi tidak pernah benar-benar berjuang demi keadilan? Kini, apabila reformasi institusi dimeterai, secara tiba-tiba pemimpin parti itu ‘melonjak kegembiraan’ kononnya usaha mereka telah berhasil. Saya berpendapat ini amat tidak bertanggungjawab dan sungguh tidak masuk akal!

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi pelajar Tingkatan 6 sebanyak RM150 antara inisiatif Kementerian Pendidikan (KPM) membantu pelajar untuk meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi. Foto KPM

Adakah ini “U-turn kerajaan”? Tidak. Ini adalah sebahagian daripada agenda reformasi terhadap ketidak-adilan dari rejim pemerintahan lepas (di mana parti itu merupakan sebahagian daripada kerajaan) menuju sistem pendidikan yang benar-benar melayani semua rakyat berdasarkan merit.

Ini bukan hasil “perjuangan” mereka, tetapi iltizam Kerajaan Perpaduan yang mendengar suara rakyat. Untuk pengetahuan, pada 30 Jun tahun lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menegaskan, pelajar lepasan SPM 2024 yang memperoleh keputusan 10A dan ke atas akan diberi peluang memasuki matrikulasi.

Ketika itu, Perdana Menteri memberitahu, keputusan memberi jaminan tempat di program Matrikulasi kepada calon cemerlang SPM tanpa mengira kaum atau latar belakang bukan bermaksud kerajaan menjual maruah orang Melayu, sebaliknya menjadi pendekatan berasaskan KEADILAN.

Kenyataan media Kementerian Pendidikan yang menjelaskan semua pelajar cemerlang 10A SPM 2024 yang memohon ke Program Matrikulasi akan mendapat tempat tanpa mengira kaum atau latar belakang pada 25 Jun 2025.

Malah Anwar menegaskan semua pelajar memperoleh keputusan cemerlang harus diberi ruang dan peluang tanpa mengenepikan kuota Bumiputera seperti yang yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Sebelum ini saya umumkan (keputusan mengenai) Matrikulasi, itu pun jadi isu politik, dia kata saya jual maruah Melayu. Apa saya umumkan ialah anak-anak kita, Melayu, Cina, India, Dusun, Murut, Bajau, ini anak-anak kita.

“Jadi saya tanya KPM (Kementerian Pendidikan) dan KPT (Kementerian Pendidikan Tinggi), boleh tak, jadi kita bincang dalam Jemaah Menteri minggu lalu, maknanya boleh, maknanya anak-anak yang 10A, kita jamin tempat di Matrikulasi,” katanya.

Mari kita imbau sejenak ke zaman dahulu, berapa ramai pelajar 10A yang ditolak memasuki matrikulasi? Pemimpin parti itu langsung tidak berani menjawab, kerana terlalu sibuk memainkan sentimen kaum demi kesinambungan politik yang semakin merudum. Mereka, dahulu sepatutnya mempertahankan hak pelajar tetapi merekalah membiarkan ketidakseimbangan sistem berterusan.

Jika mereka masih ada sedikit rasa malu, hentikanlah cubaan mengubah naratif reformasi ini seolah-olah “kemenangan” kalian.

Hari ini, kita akhirnya berada di titik permulaan baru—di mana semua pelajar 10A, tanpa mengira latar belakang, warna kulit, atau agama, berpeluang meraih harapan dalam sistem negara.

Inilah inti reformasi Kerajaan Perpaduan dan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN): tidak tunduk pada desakan politik atau dikongkong oleh sentimen perkauman, tetapi memikul tanggungjawab sejarah demi sistem yang adil dan keadilan generasi.

Saya juga harus menyatakan dengan jelas, reformasi berani dilaksanakan oleh Kerajaan Perpaduan hari ini. Jika mereka masih ada sedikit rasa malu, hentikanlah cubaan mengubah naratif reformasi ini seolah-olah “kemenangan” kalian. Rakyat tidak mudah lupa, dan tidak akan membiarkan sandiwara politik mengaburi sejarah sebenar.

Ini kemenangan rakyat, harapan untuk generasi masa depan. Yang penting, reformasi dapat dilaksanakan kerana ketegasan Kerajaan Perpaduan dengan duluan yang tidak pernah dicuba mana-mana pentadbiran kerajaan sebelum ini. Rakyat bukan sekadar menuntut keadilan, tetapi membetulkan sejarah yang cuba dilupakan dengan menyerang kerajaan sekarang. Satu legasi yang akan ditinggalkan oleh kerajaan Malaysia MADANI.

Lai Chen Heng
Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *