Iran Lancar Gelombang Peluru Berpandu Ke Arah Israel

Asap roket sistem pertahanan peluru berpandu Kubah Besi (Iron Dome) dilihat di ruang udara Baitulmuqaddis pada 28 Februari 2026. Foto AFP

TEHRAN, 28 Feb – Kor Pengawal Revolusi Iran (IRGC) berkata hari ini bahawa gelombang pertama serangan peluru berpandu dan dron telah dilancarkan ke arah Israel, selepas Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyerang Iran.

“Gelombang pertama serangan peluru berpandu dan dron yang meluas oleh Republik Islam Iran terhadap wilayah Israel telah bermula,” kata IRCG dalam satu kenyataan.

Washington mula melancarkan serangan ke atas Iran, lapor media AS hari ini, selepas Israel mengesahkan menyerang musuh ketatnya.

Beberapa saluran berita memetik pegawai AS berkata, Washington melancarkan serangan ke atas Iran dalam operasi bersama dengan Israel.

Lokasi serangan peluru berpandu Iran yang menyasarkan Israel laknatullah pada 28 Februari 2026.

Tel Aviv juga turut melancarkan serangan dan menutup ruang udara Israel.

Imej satelit mendedahkan peningkatan jumlah aset ketenteraan, termasuk pesawat pengisi bahan api di sebuah pangkalan udara Arab Saudi yang digunakan tentera Amerika Syarikat (AS) dalam tempoh empat hari pada Februari.

Perkembangan itu berlaku ketika Washington sedang memperkukuh kekuatannya di rantau tersebut di tengah ketegangan dengan Iran.

Arab Saudi, merupakan sekutu lama AS, memaklumkan kepada Iran pada Januari bahawa ia tidak akan membenarkan ruang udara atau wilayahnya digunakan untuk sebarang tindakan ketenteraan terhadap Tehran.

Iran sebelum ini mengadakan pusingan ketiga rundingan tidak langsung dengan Washington pada Khamis lalu berkaitan program nuklearnya.

Dalam imej satelit beresolusi tinggi yang dirakam pada 21 Februari, sekurang-kurangnya 43 buah pesawat kelihatan di Pangkalan Udara Prince Sultan, Arab Saudi, pangkalan yang telah menempatkan pasukan tentera AS selama beberapa dekad, berbanding hanya 27 buah pesawat dalam imej bertarikh 17 Februari.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *