Serangan Amerika, Israel Ke Atas Iran: PM Anwar Gesa Gencatan Senjata

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa gencatan senjata dilaksanakan susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel pada 28 Februari 2026. Foto Reuters

KUALA LUMPUR, 28 Feb – Segala permusuhan susulan serangan terbaharu Israel dan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran mesti dihentikan, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran ketegangan semakin memuncak boleh menjerumuskan Asia Barat ke ambang malapetaka.

Dalam satu kenyataan dimuat naik di platform media sosial rasminya, Perdana Menteri menyifatkan tindakan melancarkan serangan itu sebagai satu ‘cubaan keji’ untuk menggagalkan rundingan yang sedang berlangsung serta mengheret negara lain ke dalam konflik yang mungkin mustahil untuk dibendung.

Penduduk Tehran mula meninggalkan kediaman masing-masing susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran pada 28 Februari 2026. Foto Reuters

“Serangan Israel terhadap Iran, serta tindakan ketenteraan AS yang mengiringinya, membawa Asia Barat ke jurang malapetaka,” katanya.

Anwar menggesa semua pihak, khususnya AS dan Iran supaya mengutamakan diplomasi berbanding peningkatan ketenteraan selanjutnya.

“Menghentikan segera dan tanpa syarat segala permusuhan adalah amat penting. Saya menggesa AS dan Iran supaya mencari jalan diplomatik untuk meredakan keadaan dan bukannya terus meningkatkan ketegangan, serta komuniti antarabangsa supaya bertindak segera tanpa mengamalkan sikap berat sebelah,” katanya.

Perdana Menteri turut menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyat Malaysia yang kini berada di Iran dan di kawasan lain di rantau itu ketika ketegangan terus memuncak.

“Selain itu, kebimbangan saya ketika ini adalah terhadap keselamatan rakyat Malaysia di Iran dan di tempat lain di rantau berkenaan. Saya akan berhubung dengan rakan serantau mengenai langkah seterusnya dalam perkara ini,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa gencatan senjata dilaksanakan susulan serangan Amerika Syarikat dan Israel pada 28 Februari 2026. Foto Reuters

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *