Insiden Sungai Korok: PM Anwar Ucap Takziah Buat Keluarga Mangsa

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa dukacita dengan insiden yang meragut enam sekeluarga di Sungai Korok pada 7 Julai 2025. Foto X Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 7 Jul – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, menzahirkan rasa sedih susulan tragedi menyayat hati membabitkan enam beranak ditemukan maut dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam dalam Sungai Korok, pagi tadi.

“Saya amat sedih dan berdukacita menerima khabar tragedi menyayat hati membabitkan enam sekeluarga ini.

“Takziah yang setulusnya kepada seluruh ahli keluarga mangsa.

Anggota bomba mengeluarkan kereta yang terjunam ke dasar Sungai Korok selepas mengeluarkan enam sekeluarga yang maut dalam kejadian pada 7 Julai 2025.

“Moga mereka dikurniakan ketabahan menghadapi ujian amat berat ini, dan roh semua mangsa dicucuri rahmat serta ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” katanya dalam satu hantaran di laman sosial X, hari ini.

Perdana Menteri berada di Rio de Janerio bagi menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin BRICS ke-17 atas jemputan Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva sejak 5 Julai lalu.

Media sebelum ini melaporkan, seorang wanita membuat laporan polis selepas abang, kakak ipar serta empat anak mereka gagal dikesan sejak Sabtu lalu selepas pulang bermalam di rumahnya di Taman Aman, dekat sini.

Hari ini, semua mangsa terdiri daripada pasangan suami isteri dan empat anak berusia enam bulan hingga sembilan tahun, ditemukan maut dalam kereta Proton Saga Iswara yang tenggelam dalam Sungai Korok, Jitra di Kedah.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *