Penyertaan Malaysia Dalam WSIS+20 Perkasa Ekosistem Komunikasi Serantau

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil ketika hadir pada acara kemuncak World Summit on the Information Society+20 (WSIS+20) di Geneva, Switzerland yang bermula pada 7 Julai 2025. Foto Facebook Fahmi Fadzil

GENEVA, 7 Jul – Kehadiran delegasi Malaysia diketuai Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil ke acara kemuncak World Summit on the Information Society+20 (WSIS+20) yang membuka tirai di sini mulai hari ini hingga 11 Julai, menyerlahkan komitmen utuh negara dalam pemerkasaan teknologi komunikasi sebagai pemangkin kesejahteraan rakyat.

Penyertaan Malaysia kali ini bukan sekadar simbolik, malah mencerminkan peranan aktif negara dalam memperkukuh ekosistem teknologi komunikasi serantau seiring dengan agenda global Matlamat Pembangunan Mampan (SDG), jelas Fahmi.

Geneva dipilih sebagai tuan rumah kepada Persidangan World Summit on the Information Society+20 (WSIS+20) yang turut dihadiri delegasi negara diketuai Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Foto Kementerian Komunikasi

Penyertaan kali ini membawa pelbagai manfaat strategik kepada negara, termasuk pengiktirafan global terhadap kepimpinan Malaysia dalam perluasan capaian internet luar bandar, keterangkuman teknologi komunikasi serta inisiatif memperkasakan celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) rakyat seiring dengan nilai kesejahteraan Malaysia MADANI.

Kementerian Komunikasi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, Malaysia membawa agenda strategik termasuk perluasan capaian internet luar bandar, keterangkuman digital dan program literasi teknologi yang menyeluruh.

Kenyataan media berhubung Persidangan World Summit on the Information Society+20 (WSIS+20) yang turut dihadiri delegasi negara diketuai Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Foto Kementerian Komunikasi

“Platform WSIS ini membuka ruang untuk negara memperlihatkan kejayaan inisiatif seperti Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) yang memperkukuh jaringan digital negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

WSIS yang dinaungi oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah menjadi pentas penting bagi pembuat dasar global bertukar pandangan.

Geneva dipilih sebagai tuan rumah kepada Persidangan World Summit on the Information Society+20 (WSIS+20) yang turut dihadiri delegasi negara diketuai Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Foto Kementerian Komunikasi

Selain itu, ia juga menjadi platform berkongsi amalan terbaik dan menyusun strategi jangka panjang terhadap pembangunan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global.

Sejak diperkenalkan, platform ini turut memperkenalkan Anugerah WSIS (WSIS Prizes) bagi mengiktiraf projek teknologi komunikasi berimpak tinggi di seluruh dunia.

Geneva dipilih sebagai tuan rumah kepada Persidangan World Summit on the Information Society+20 (WSIS+20) yang turut dihadiri delegasi negara diketuai Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Foto Kementerian Komunikasi

Sepanjang WSIS+20, Fahmi dijadualkan mengadakan lebih 10 pertemuan dua hala bersama pemimpin komunikasi dan teknologi dari negara seperti United Kingdom (UK), Arab Saudi, Poland, Somalia, Greece, Rusia dan Algeria.

Beliau turut dijadualkan bertemu Setiausaha Agung Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU), Doreen Bogdan-Martin bagi memperkukuh kerjasama strategik yang boleh dimainkan kedua-dua pihak.

Geneva dipilih sebagai tuan rumah kepada Persidangan World Summit on the Information Society+20 (WSIS+20) yang turut dihadiri delegasi negara diketuai Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Foto Kementerian Komunikasi

“Penyertaan Malaysia dalam WSIS+20 kali ini bukan sahaja meletakkan negara pada radar global ICT, malah menegaskan peranan Malaysia sebagai pemimpin serantau dalam mendorong pembangunan teknologi yang adil, saksama dan mampan selaras dengan semangat Malaysia MADANI,” katanya.

Geneva dipilih sebagai tuan rumah kepada Persidangan World Summit on the Information Society+20 (WSIS+20) yangvturut dihadiri delegasi negara diketuai Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil. Foto Kementerian Komunikasi

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *