Menteri Pelarian Afghanistan Terbunuh Dalam Serangan Bom Di Pejabat

Khalil Ur-Rahman Haqqani dilaporkan terbunuh dalam satu letupan di pejabat kementerian itu di ibu negara Kabul pada Rabu. Foto MNA
KABUL, 11 Dis – Menteri Pelarian Afghanistan, Khalil Ur-Rahman Haqqani dilaporkan terbunuh dalam satu letupan di pejabat kementerian itu di ibu negara Kabul, hari ini, kata sumber kerajaan kepada AFP.
“Malangnya satu letupan berlaku di Kementerian Pelarian dan menterinya, Khalil Ur-Rahman Haqqani syahid bersama beberapa rakannya,” kata pegawai itu, yang enggan dinamakan.
Khalil ialah abang kepada Jalaluddin Haqqani, yang mengasaskan rangkaian Haqqani yang digeruni, yang bertanggungjawab terhadap beberapa serangan ketika pemberontakan dua dekad Taliban.
Beliau juga ialah bapa saudara kepada Sirajuddin Haqqani, Menteri Dalam Negeri Afghanistan ketika ini.
Keganasan berkurangan di Afghanistan sejak tentera Taliban mengambil alih negara itu pada 2021, menamatkan perang mereka terhadap Amerika Syarikat (AS) dan tentera asing pimpinan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). – AFP
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
