Ibu Terkejut Anak Muat Turun Permainan ‘Tidak Sesuai Dengan Kanak-Kanak’

Pemainan dalam talian yang dikesan seorang ibu amat tidak sesuai dengan kanak-kanak yang mencetuskan kebimbangan ibu bapa.

KUALA LUMPUR, 14 Dis – Seorang ibu merasa terkejut dan gusar setelah mendapati anak lelakinya yang masih kecil memuat turun (download) dan bermain sebuah permainan yang dianggap sangat tidak sesuai untuk kanak-kanak.

Menurut hantaran beliau di media sosial, nama permainan tersebut yang dikenali ‘Move People’, melibatkan pemain mengawal watak lelaki dan perempuan dalam interaksi yang digambarkan oleh si ibu sebagai ‘memang tidak boleh langsung untuk budak’.

Permainan itu membolehkan pemain mengawal pergerakan tangan dan kaki watak-watak, kadangkala menghasilkan senario seperti watak lelaki mengangkat watak perempuan atau watak perempuan duduk di atas watak lelaki.

Seorang ibu terkejut apabila melihat anaknya memuat turun permainan dengan pemain mengawal pergerakan tangan dan kaki watak, kadangkala menghasilkan senario seperti perempuan duduk di atas lelaki.

Ibu berkenaan dikenali Anna Talita Nafrizon berkata, beliau ternampak anaknya bermain permainan itu di dalam kereta tetapi anaknya cepat-cepat memadam permainan itu.

“Aku naik hantu sungguh sebab dia boleh nak sorok-sorok. Tak cerita banyak aku terus bawa pergi balai polis. Niat nak gertak dia sebab lately dia memang kuat main telefon bimbit,” katanya.

Anna turut memuat naik video dua anggota polis secara berseloroh beritahu kanak-kanak itu bahawa dia terpaksa bermalam di lokap. Dia berterima kasih kepada mereka kerana mengendalikan situasi itu dengan baik.

“Setakat ini, telefon bimbit pun anak aku tak pegang langsung. Harap berpanjangan lah,” tambahnya.

Ibu ini memaklumkan bahawa dia selalu memeriksa peranti digunakan anaknya tetapi tidak pernah nampak permainan itu.

Anna berkata permainan itu baru dimuat turun, dan anaknya pun tidak memahami kandungan permainan tersebut.

Permainan dalam talian yang tidak sesuai buat kanak-kanak dikesan cuba mempengaruhi minda mereka dengan elemen tidak sihat.

Ibu ini juga menyeru ibu bapa untuk memantau anak-anak apabila mereka menggunakan peranti.

“Untuk ibu bapa yang ada anak, tolong lah pantau anak. Jangan biarkan anak-anak main telefon bimbit sendiri. Tengok apa yang anak muat turun,” katanya.

“Jaga anak sekarang sangat mencabar. Semoga anak kita Allah lindung.”

Catatan ini mencetuskan perbincangan mengenai keperluan mengawasi aktiviti kanak-kanak dengan lebih rapi, serta risiko akses kepada permainan mudah alih tanpa pengawasan.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *