Hubungan Malaysia-Guinea-Bissau Diperkukuh Dalam Kerjasama Pelbagai Bidang – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan delegasi diketuai Presiden Guinea-Bissau Jeneral Umaro Sissoco Embalo di Putrajaya pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 4 Jun – Pengukuhkan hubungan dua hala antara Malaysia dan Guinea-Bissau diteruskan dengan komitmen kedua-dua negara dalam pelbagai bidang tumpuan termasuk industri halal, kepakaran strategik, kewangan Islam, tenaga dan pembinaan kapasiti, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri berkata, beliau telah menggalakkan syarikat Malaysia seperti Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan Felda Global Ventures Holdings (FGV Holdings) untuk meneroka potensi usaha niaga di Guinea-Bissau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan delegasi diketuai Presiden Guinea-Bissau Jeneral Umaro Sissoco Embalo di Putrajaya pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Diharapkan Petronas, FGV dan lain-lain akan meneroka peluang berpotensi bukan sahaja di Malaysia dan Guinea-Bissau, tetapi juga menggunakannya sebagai pangkalan untuk berkembang lebih jauh ke Afrika Barat dan seterusnya,” katanya semasa sidang media bersama Presiden Guinea-Bissau Umaro Sissoco Embalo, di sini hari ini.

Pada mesyuarat dua hala, Anwar berkata Malaysia terus komited untuk menyokong usaha pembinaan kapasiti melalui Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP), yang menawarkan biasiswa dan latihan khusus merentas sektor termasuk tadbir urus, agroteknologi dan pentadbiran awam.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan delegasi diketuai Presiden Guinea-Bissau Jeneral Umaro Sissoco Embalo di Putrajaya pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Presiden Embalo mengalu-alukan tawaran Malaysia yang disifatkannya sebagai peneraju global dalam pelbagai bidang seperti bantuan kemanusiaan, perdagangan dan hubungan antarabangsa yang boleh dimanfaatkan negaranya.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Pengerusi ASEAN 2025 berkata, perbincangan dengan Guinea-Bissau turut meneroka potensi kerjasama dalam konduktor minyak dan gas serta teknologi makanan, dan pelaksanaan selanjutnya program MTCP yang disesuaikan dengan keutamaan pembangunan Guinea-Bissau.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan delegasi diketuai Presiden Guinea-Bissau Jeneral Umaro Sissoco Embalo di Putrajaya pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita bersedia untuk menawarkan bantuan di bawah MTCP dan melalui program lebih besar yang diselaraskan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani,” katanya.

Ketika mengulas perkembangan antarabangsa, Perdana Menteri menekankan hubungan diplomatik Embalo yang kukuh dengan kuasa global utama, termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Perancis, Rusia, Amerika Syarikat dan beberapa negara Afrika.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan delegasi diketuai Presiden Guinea-Bissau Jeneral Umaro Sissoco Embalo di Putrajaya pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Sebagai sebuah negara yang mengamalkan berkecuali dan dasar luar yang seimbang, Malaysia dan ASEAN telah lama terlibat dengan negara-negara di seluruh dunia. Ini juga sejajar dengan visi Presiden Embalo untuk Guinea-Bissau,” kata Anwar.

Perdana menteri amat mengalu-alukan hubungan yang semakin erat antara kedua-dua negara.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan mesyuarat dua hala dengan delegasi diketuai Presiden Guinea-Bissau Jeneral Umaro Sissoco Embalo di Putrajaya pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Malaysia akan menjadi rumah kedua anda. Rakan-rakan saya, rakyat Malaysia, dan saya sendiri amat berbesar hati kerana anda telah mengambil inisiatif untuk mewujudkan hubungan baharu berdasarkan kepercayaan dengan Malaysia,” katanya.

Embalo sedang melakukan lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia, lawatan pertama beliau sejak memegang jawatan Presiden.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *