Malaysia Tawar Program Kerjasama Teknikal Bakal Bantu Guinea-Bissau – PM Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Guinea-Bissau Jeneral Umaro Sissoco Embalo ketika sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

PUTRAJAYA, 4 Jun – Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa kepakaran Malaysia dari segi aspek bantuan kepakaran dan latihan kepada Guinea-Bissau menerusi Program Kerjasama Teknikal Malaysia (MTCP).

Perdana Menteri berkata, program berkenaan akan diselaraskan oleh Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Guinea-Bissau Jeneral Umaro Sissoco Embalo ketika sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Hubungan kita dengan Guinea-Bissau sebelum ini boleh dikatakan agak sederhana, namun dengan lawatan ini, ia memberi makna lebih besar.

“Ini kerana Presiden (Jeneral Umaro Sissoco Embalo) membawa visi dan komitmen untuk menjadikan Malaysia sebagai pangkalan penting dalam mengembangkan hubungan dengan rantau ASEAN termasuk dalam aspek perdagangan, pelaburan dan kerjasama pelbagai bidang,” katanya pada sidang media bersama sempena lawatan rasmi Embalo ke Malaysia di Bangunan Perdana Putra, hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Guinea-Bissau Jeneral Umaro Sissoco Embalo ketika sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Anwar berkata, kedua-dua negara turut menyentuh isu kerjasama dalam bidang halal, perbankan dan kewangan Islam, serta latihan teknikal dan pendidikan tinggi termasuk dalam bidang semikonduktor, teknologi makanan serta industri minyak dan gas.

Malah, beliau berharap Embalo dengan syarikat utama negara seperti PETRONAS dan Felda Global Ventures (FGV) dapat membuka potensi kerjasama dua hala dalam sektor minyak dan gas serta perladangan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut ketibaan Presiden Guinea-Bissau Jeneral Umaro Sissoco Embalo ketika sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Kita mahu kerjasama ini bukan terhad di peringkat nasional, sebaliknya menjadi batu loncatan untuk melebarkan hubungan di peringkat subrantau dan benua Afrika secara keseluruhan.

“Guinea-Bissau juga mempunyai hubungan baik dengan beberapa kuasa besar dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE), Perancis, Russia dan Amerika Syarikat. Justeru, kerjasama dengan negara itu berpotensi memberi manfaat strategik kepada Malaysia,” katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Guinea-Bissau Jeneral Umaro Sissoco Embalo ketika sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Perdana Menteri menyifatkan, kehadiran buat julung kali Presiden Guinea-Bissau sebagai langkah penting membuka lembaran baharu dalam hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Embalo berkata, Guinea-Bissau sedia mencontohi pengalaman Malaysia kerana jauh mendahului dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan, kesihatan dan industri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Guinea-Bissau Jeneral Umaro Sissoco Embalo ketika sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya sempena lawatan rasmi tiga hari ke Malaysia pada 4 Jun 2025. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Bagi saya, Malaysia menjadi contoh bukan hanya di Asia Tenggara, malah di peringkat dunia dan kami berasa bangga kerana kita bersaudara dan seharusnya saling menyokong seperti adik-beradik.

“Saya juga ingin menyatakan bahawa hubungan ini akan diperkukuh antara saya dan Perdana Menteri (Anwar) serta pasukan kami,” katanya.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *