Hormat Hak Agong, Jangan Timbul Polemik Jejas Ketenteraman Awam – Mohd Khairul Iwan

Ketua Cabang KEADILAN Padang Rengas Mohd Khairul Iwan Mat Khairi meminta Muhyiddin redha dengan ketentuan Allah SWT mentakdirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri setelah Majlis Raja-Raja memperakui keputusan Al-Sultan Abdullah.

PADANG RENGAS, 21 Ogos – Semua pihak terutama kalangan ahli politik perlu menghormati hak yang diberikan kepada pihak berkuasa untuk melaksanakan undang-undang apatah lagi melibatkan budi bicara dan kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) untuk melantik Perdana Menteri.

Tegas Ketua Cabang KEADILAN Padang Rengas Mohd Khairul Iwan Mat Khairi, perkara itu sudah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung pelantikan Perdana Menteri dalam kalangan ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Agong mempunyai majoriti setelah ketua-ketua parti politik dipanggil bukannya mengemukakan Akuan Bersumpah (SD) yang tidak lagi diguna pakai.

Malah tegas beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Perikatan Nasional (PN) adalah ketua parti pertama dijemput untuk menyatakan pendirian sendiri di hadapan Agong susulan parlimen tergantung selepas keputusan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 lalu.

Tengku Mahkota Pahang menzahirkan rasa kesal terhadap tuduhan Muhyiddin hingga membawa kepada laporan polis dibuat sendiri Istana Pahang meminta pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya.

“Adalah tidak wajar mana-mana ahli politik khususnya yang pernah atau masih terikat dengan sumpah Jadual Keenam Perlembagaan tidak menunjukkan teladan yang baik dalam memelihara, mempertahan dan melindungi Perlembagaan.

“Pandangan saya, semua ahli politik terutama dalam gabungan parti perlu sentiasa berhati-hati dalam membuat kenyataan yang sensitif apatah lagi melibatkan institusi (Yang di-Pertuan) Agong selaku ketua negara.

“Sebagai bangsa Melayu yang penuh budi bahasa dan adab sopan, amalan itu perlu menjadi keutamaan semua terutama pemimpin parti politik agar tidak tergelincir daripada lunas undang-undang.

Muhyiddin seharusnya tahu dan faham mengenai hal ini dan perkara itu sudah termaktub dalam sistem Raja Berperlembagaan yang kita amalkan sejak merdeka. Foto PahangKu Media

“Tengku Mahkota Pahang dengan tegas murka atas kenyataan Muhyiddin malah Istana Pahang turut membuat laporan polis bagi menjaga institusi diraja dari diperkotak-katikkan pemimpin seperti Pengerusi PN itu,” ujar beliau.

Tambahnya, Muhyiddin perlu redha dengan ketentuan Allah SWT mentakdirkan Datuk Seri Anwar sebagai Perdana Menteri setelah Majlis Raja-Raja memperakui keputusan Al-Sultan Abdullah malah Anwar sendiri mengusulkan undi percaya di Dewan Rakyat bagi mengabsahkan pelantikannya.

Terdahulu, Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menyatakan rasa murka dan terkilan atas tindakan Muhyiddin yang secara sengaja dan sinis memperlekeh serta mempertikaikan tugas dan peranan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin A-Mustafa Billah Shah sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong Ke-16.

Muhyiddin Kena Bersedia Hadapi Tindakan Undang-Undang Pertikai Wibawa Agong – Abul Jais

Tengku Hassanal bertitah, sebagai bekas Perdana Menteri dan ahli politik veteran, kenyataan itu memanipulasi fakta dan membawa naratif negatif kepada rakyat bahawa Yang di-Pertuan Agong Ke-16 seolah-olah tidak berlaku adil semasa memilih Perdana Menteri ke-10.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *