PM Anwar Ketemu Diaspora Malaysia Di New Delhi

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar kenangan bersama diaspora Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

NEW DELHI, 21 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengadakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India.

Katanya, beliau dalam pertemuan tersebut menjelaskan beberapa perkara penting terutamanya melibatkan dasar-dasar kerajaan mencakup langkah mensasarkan semula subsidi diesel yang akan memanfaatkan negara dan rakyat untuk jangka masa panjang.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di hadapan diaspora Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Meski ia bukan langkah yang populis, tetapi masalah itu perlu didepani dengan cermat dan berani agar negara ini dapat diselamatkan.

“Dalam majlis yang sama, saya turut sampai serta jelaskan mengenai kedudukan ekonomi kita yang kian berkembang dan terus kukuh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan diaspora Malaysia di pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi, India pada Rabu. Foto Facebook Anwar Ibrahim

“Ia berdasarkan dapatan dari Jabatan Perangkaan dan Bank Negara, baru-baru ini yang melaporkan ekonomi negara berkembang 5.9 peratus melebihi unjuran asal,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, Anwar memulakan lawatan kerja rasmi ke India selama tiga hari bermula kelmarin hingga Rabu.

Untuk rekod, ini merupakan lawatan rasmi pertama Anwar ke India sejak menerajui kerajaan pada 2022 selain dilihat penting kerana menjadi titik tolak utama dalam mengeratkan hubungan dua hala kedua negara.


Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *