Hina Sahabat Nabi: Warganet Terus Kecam Nik Zawawi Meski Mohon Maaf

Pemuda AMANAH Kelantan tampil membuat laporan polis terhadap Nik Zawawi di balai polis pada 13 Mei 2026. Foto Jeming Hassan

KUALA LUMPUR, 13 Mei – Tiada kompromi.

Itu pendirian warganet yang tetap tidak berpuas hati walaupun permohonan maaf daripada Ahli Parlimen Pasir Puteh Nik Muhammad Zawawi Salleh disiarkan di laman media sosialnya hari ini.

Malah kecaman keras disaksikan menerusi ruangan komen sejak permohonan maaf itu disiarkan kira-kira sejam lalu, menerusi perkongsian laman Facebook Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP).

Pimpinan Wanita KEADILAN Pahang membuat laporan polis terhadap Nik Zawawi yang menghina sahabat Nabi Muhamamd SAW di IPD Kuantan pada 13 Mei 2026. Foto Facebook Wanita KEADILAN Pahang

“Assalaamualaikum..

“Ingatlah wahai pemimpin PAS dan wala’un sekalian..!!! DSAI sedang berusaha sehabis daya dan qudrat, dgn ilmu dan pengalaman beliau utk pulihkan kerosakan sistem dlm negara kita ini.

“Maka janganlah kalian berkata nista apatah lagi fitnah terhadap kepimpinan beliau sambil bersulam dgn ayat² alQuran & Hadith. Buruk sangat akhlak kalian itu,” tulis Mohd Azizi Jeffry.

Antara komen warganet mengecam tindakan Nik Muhammad Zawawi menghina sahabat Nabi Muhammad SAW menerusi laman Facebook pada 13 Mei 2026.

Sementara Del Zelo pula dalam nada menasihat meninggalkan komen “ini sepatutnya yg dilakukan masa mula2 muncul dalam video semalam. ni dalam video awak maafkan semua orang pula. bengong betul. dah kena kecam teruk baru nak minta maaf betul2,” tulisnya.

Seorang lagi warganet dalam nada menyindir berkata, “Pagi ni bila kena report polis ramai² baru kelam kabut minta maaf, semalam bukan main angkuh sombong buat video.

“Maaf, lain kali kalau Masdo Laki Minah mati aku tak percaya lagi, cis!,” bidasnya.

Antara komen warganet mengecam tindakan Nik Muhammad Zawawi menghina sahabat Nabi Muhammad SAW menerusi laman Facebook pada 13 Mei 2026.

Terdahulu, Setiausaha Majlis Syura Ulama Pas itu akhirnya memohon maaf susulan kontroversi berkait kenyataannya mengenai latar kehidupan beberapa sahabat Nabi sebelum kedatangan Islam.

Nik Zawawi dalam kenyataan berkata beliau mengakui ‘kurang cermat’ dalam mengolah maklumat dan penyampaian ketika memberikan kenyataan itu.

Antara komen warganet mengecam tindakan Nik Muhammad Zawawi menghina sahabat Nabi Muhammad SAW menerusi laman Facebook pada 13 Mei 2026.

“Justeru itu, saya dengan rendah hati memohon maaf atas kekhilafan itu,” katanya yang menegaskan dirinya sama sekali tidak berniat menjatuhkan maruah atau menghina insan terpilih yang dimuliakan Allah.

Bagaimanapun, laporan demi laporan polis telah dibuat pelbagai pihak mendesak pihak berkuasa melakukan siasatan tegas terhadap Nik Zawawi setelah turut ditegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan semalam.

Pimpinan KEADILAN, Umno dan AMANAH membuat laporan polis terhadap Nik Zawawi di Balai Polis Pasir Puteh pada 13 Mei 2026. Foto Rusdi Jusoh

Zulkifli menegaskan bahawa mencaci mereka bererti menghina insan yang tegakkan Islam bersama Nabi.

“Sahabat Baginda adalah generasi terbaik dan dipuji oleh Allah SWT serta mengingatkan semua pihak supaya menghormati dan sayangi para sahabat Rasulullah SAW selain menjauhi fitnah terhadap mereka,” tegasnya.

Amir Zuhair membuat laporan polis terhadap Nik Zawawi di IPD Putrajaya pada 13 Mei 2026.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *