Empat Jawatan Exco Dikosongkan Umno Negeri Sembilan Diisi Exco Sedia Ada

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun pada sidang akhbar kerjasama NSFC dan N-EG sebagai rakan tenaga rasmi usai mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban pada 13 Mei 2026. Foto Aminuddin Harun
SEREMBAN, 13 Mei – Kekosongan empat jawatan Exco kerajaan Negeri Sembilan disebabkan penarikan sokongan daripada 14 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Umno Barisan Nasional (BN) negeri, akan dipangku Exco sedia ada.
Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, portfolio yang dikosongkan mereka tidak akan diisi daripada mana-mana ADUN biasa dalam kerajaan sedia ada, meskipun mungkin beban tugasan sedia ada semakin bertambah.
Menurutnya, perkara itu telah dipersetujui kerajaan negeri bagi memastikan pentadbiran berjalan lancar seperti biasa.

“Tiada Exco baharu. Kita telah bersetuju supaya tugasan itu dipangku oleh Exco sedia ada,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri, di sini hari ini.
Beliau dalam pada itu berkata, pemilihan Exco baharu akan diumumkan nanti bagi menggantikan empat Exco Umno yang menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri.
Empat Exco Umno yang menarik sokongan ialah adalah Exco Kanan merangkap Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kemajuan Desa dan Perladangan dan Komoditi, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjaminan Makanan dan Kos Sara Hidup (Jalaluddin Alias).

Turut sama, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pendidikan dan Modal Insan (Ismail Lasim); Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan (Mustapha Nagoor) dan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Warisan, Teknologi, Inovasi dan Digital (Mohd. Faizal Ramli).
Ketika ini, Negeri Sembilan ditadbir enam Exco terdiri daripada ADUN Pakatan Harapan (PH) iaitu 11 ADUN DAP, lima ADUN KEADILAN dan seorang ADUN Amanah.
Ikuti kami di saluran media sosial berikut:
Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web
