Hina PMX: RHB Tamatkan Khidmat Kakitangan Serta-Merta

Hantaran di media sosial RHB Group melakukan siasatan serta permohonan maaf daripada kakitangan yang didakwa menyiarkan foto menghina Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 30 Oktober 2025.

KUALA LUMPUR, 31 Okt – RHB Group bertindak menamatkan perkhidmatan kakitangannya didakwa memuat naik hantaran di media sosial memaparkan imej suntingan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenakan pakaian seakan-akan dibaluti bendera Israel.

Penamatan khidmat kakitangan berkenaan berkuatkuasa hari ini menerusi hantaran di Facebook rasmi bank itu hari ini juga.

Bank berkenaan memaklumkan, pihaknya memandang serius perkara itu dan sentiasa mendukung ‘standard profesionalisme, integriti serta rasa hormat yang tertinggi’ sama ada di tempat kerja mahupun di luar.

RHB Group memuat naik hantaran di Facebook memaklumkan penamatan khidmat kakitangannya pada 31 Oktober 2025.

“Tindakan disiplin yang bersesuaian akan dikenakan sekiranya sebarang pelanggaran kod etika dan tatakelakuan (RHB Banking Group) dapat dibuktikan,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa pandangan yang disuarakan kakitangan tersebut ialah pandangan peribadinya, sama sekali tidak mewakili atau menggambarkan pendirian RHB.

Individu berkenaan dalam satu permohonan maaf secara terbuka mengakui, tindakannya telah menimbulkan salah faham dan tiada niat untuk memalukan mana-mana pihak terutama Perdana Menteri.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *