Hina Al-Quran: Pelajar IPT Didakwa Di Mahkamah, Mengaku Tak Bersalah

Tertuduh tiba di Mahkamah Sesyen Kuantan untuk didakwa atas dua pertuduhan termasuk memijak al-Quran di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pada 3 Mac 2026.

KUANTAN, 3 Mac – Seorang pelajar universiti yang didakwa memijak al-Quran tiba di Kompleks Mahkamah Kuantan, di sini, hari ini bagi menghadapi dua pertuduhan dan mengaku tidak bersalah di hadapan majistret pagi ini.

Lelaki berusia 21 tahun itu tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 9.04 pagi di bawah kawalan keselamatan ketat.

Memakai baju dan seluar berwarna merah, tertuduh yang tempoh remannya berakhir hari ini diiringi beberapa pegawai polis ke Mahkamah Sesyen di tingkat satu.

Tertuduh tiba di Mahkamah Sesyen Kuantan untuk didakwa atas dua pertuduhan termasuk memijak al-Quran di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 pada 3 Mac 2026.

Kehadirannya turut menarik perhatian orang ramai di kompleks mahkamah berkenaan.

Tertuduh, yang tindakannya tular di platform media sosial Threads, dijangka didakwa atas kesalahan menghina Islam dengan memijak al-Quran serta penggunaan tidak wajar kemudahan internet.

Tertuduh yang juga penuntut Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) ditahan pada 25 Februari lalu dan disambung reman sehingga semalam.

Ikuti kami di saluran media sosial berikut:

Facebook
X (Twitter)
Instagram
Telegram
TikTok
WhatsApp Channel
Laman Web

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *